Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kira-kira 30 aktivis mengadakan protes ringkas KLCC hari ini bagi memperingati Hari Kebebasan Akhbar Sedunia yang akan disambut esok.

flash mob read newspaper upside down 020510 08 Anjuran Pakatan Penulis untuk Kebebasan Media (Wami), mereka berkumpul di kawasan air pancur di KLCC untuk membantah campurtangan politik dalam media dan mendesak supaya kebebasan akhbar dipertahankan.

Sambil duduk di atas anak tangga KLCC Suria Mall, mereka menyatakan bantahan dengan 'membaca' akhbar arus perdana secara terbalik.

Selain memprotes "pembohongan, campurtangan politik, pemilikan politik, dan putarbelit" dalam akhbar-akhbar berkenaan, mereka juga menyatakan sokongan kepada Joshua Wong dan Chou Z Lam - wartawan televisyen yang dikatakan menjadi mangsa campurtangan politik.

flash mob read newspaper upside down 020510 wong chin huat Kumpulan tersebut yang turut mewujukan halaman Facebook dan menamakan dirinya 'Flashmob for Press Freedom' , telah menarik perhatian orang ramai dan pelancong sebaik sahaja duduk di situ dengan memegang akhbar dan menjadi sasaran jurugambar.

"Dengan membaca akhbar arus perdana secara terbalik, kita cuba mengingatkan orang ramai supaya melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza, kerana kita sering tidak dapat maklumat yang betul dari media arus perdana," kata presiden Wami, Wong Chin Huat (kanan) kepada pemberita.

Aktivis Wong Kieng Maen pula berkata beliau menyertai protes hari ini untuk menyuarakan sokongannya terhadap kebebasan akhbar.

"“Ramai rakyat Malaysia yang tidak berani bersuara. Jika apa (yang hendak kita kata) itu betul, kita mesti bersuara," katanya.

flash mob read newspaper upside down 020510 umno youth mohd  hishamuddin yahya Sementara itu, sekumpulan kira-kira 20 anggota Pemuda Umno yang diketuai oleh seorang yang mengenal dirinya sebagai Hishamuddin Yahya (kiri), muncul di situ sambil membawa salinan akhbar rasmi PAS, Harakah and akhbar rasmi PKR - Suara Keadilan .

Katanya, akhbar pembangkang juga memutarbelitkan kebenaran, manakala akhbar media arus perdana pula menyiarkan laporan yang lebih baik.

"Apa mereka (pembangkang) mahu? Mereka tidak adil kepada media arus perdana," katanya Hishamuddin kepada pemberita.

[Baca berita penuh]

 

 

 

 

 

 
ADS