Malaysia sepatutnya mensasarkan ringgit yang lebih kukuh dengan impian untuk menjadi negara berpendapatan tinggi kerana wujud banyak sebab berlakunya arah aliran menaik itu, kata bekas Menteri Kabinet, Datuk Seri Shahrir Samad, hari ini.

NONE “Ia, bersama-sama dengan Model Ekonomi Baru (MEB), kena pada masanya dan akan memberikan Malaysia satu rangsangan untuk kekal kompetitif,” katanya.

Yang turut berpandangan sama dengannya ialah, pakar ekonomi yang terlatih di Sorbonne, Datuk Dr Norraesah Mohamad, yang menyatakan bahawa pemulihan segera ekonomi Malaysia adalah berikutan "tindak balas segera" Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk merangsang ekonomi ketika berlaku kemelesetan ekonomi global yang buruk pada tahun lalu.

Menurutnya, sebab kukuh pemulihan itu ialah suntikan pakej rangsangan RM67 bilion ke dalam ekonomi pada tahun lepas yang masih mengalir ke sasarannya.

forex currency exchange money market 141008 03 Ringgit yang lebih kukuh, kata Shahrir, akan menggalakkan pengimportan barangan modal, yang akan membantu menyumbang kepada inovasi dan automasi industri negara ini.

“Ia akan turut mengurangkan bil subsidi kerajaan kerana petrol, gula dan tepung, sebagai produk yang diberi subsidi utama, yang kesemuanya didominasi di dalam dolar Amerika Syarikat (AS).

“Dengan pengurangan subsidi, operasi perbelanjaan kerajaan dan defisitnya akan turut dikurangkan," kata

Shahrir berkata, ringgit yang lebih kukuh akan turut menjadikan perjalanan ke luar negara lebih termampu bagi rakyat Malaysia dan ini akan meningkatkan masa liburan masing-masing.

islamic financing islam bank finance 100609 01 "Yang penting sekali, ringgit yang lebih kukuh akan membantu menambah baik taraf hidup rakyat dengan meningkatkan kuasa membeli mereka melalui pengimportan yang lebih mudah dan tekanan inflasi yang lebih rendah," katanya.

Ringgit kini, berkisar sekitar paras ketinggian dua tahun berbanding dolar AS pada paras 3.19 berbanding dengan 3.42 pada awal tahun ini dan kemuncak tahun lepas pada catatan paras 3.72 pada Mac.

Dari segi nominal, ringgit meningkat kira-kira 6.7 peratus pada tahun ini sehingga ini berbanding dolar AS.

Berbanding dengan mata wang serantau yang lain, ringgit meningkat paling tinggi berbanding dengan dolar AS sejak awal tahun ini.

Dengan pengukuhan ringgit, rakyat Malaysia juga mengharapkan penerimaan eksport yang bertambah baik yang akan mewujudkan peluang pekerjaan di kalangan perusahaan kecil dan sederhana.

“Ke kang nam 1 north kore cargo freighter ship weapons to myanmar  malaysia bank suspected money laundering 060709 san pergandaan mulai menunjukkan kesan di dalam kemakmuran negara,” kata penganalisis.

Dr Norraesah, yang juga ahli majlis tertinggi Umno berkata: "Kini terdapat lebih banyak wang di dalam ekonomi. Kestabilan ekonomi telah mendorong kepada keyakinan pengguna dan meningkatkan perbelanjaan domestik.

"Ini bermakna lebih banyak pekerjaan, kuasa berbelanja yang lebih tinggi dan potensi pertumbuhan yang lebih besar,” katanya.

Kedua-dua penganalisis tempatan dan asing juga menyatakan bahawa ekonomi Malaysia kini menikmati pemulihan yang lebih kukuh, dengan pertumbuhan pada tahun ini melepasi kebanyakan unjuran.

Sesetengah penganalisis malah mengunjurkan pertumbuhan sehingga 8.0 peratus pada tahun ini.

NONE DBS Bank Singapura menaikkan unjuran pertumbuhannya bagi ekonomi Malaysia kepada 8.0 peratus daripada 5.7 peratus sebelum ini, dengan jangkaan pertumbuhan kukuh sepenuh tahun sejak 1996.

Laporan DBS itu sama dengan unjuran syarikat sekuriti lain yang mengunjurkan Malaysia boleh mencatatkan pertumbuhan lebih 7.0 peratus pada tahun ini.

Syarikat sekuriti tempatan yang membuat unjuran paling tinggi, AmResearch, mengunjurkan kepada 8.0 peratus.

Profesor ekonomi London School of Economics and Political Science (LSE), Danny Quah, menekankan pentingnya MEB dengan menyatakan bahawa walau pun Malaysia adalah hanya 13 daripada negara yang mencatatkan pertumbuhan tahunan lebih 7.0 peratus sejak 25 tahun lalu, negara ini masih belum dimasukkan ke dalam kumpulan negara berpendapatan tinggi.

bank us federal reserve 141008 02 "Tanpa MEB, kita akan dipotong pesaing seperti Vietnam dan Indonesia, dan Malaysia akan tergolong di dalam kumpulan negara berpendapatan rendah," katanya pada ceramah pada hujung minggu.

Prof Quah, yang memuji Najib kerana melaksanakan MEB, menyatakan bahawa "saya tertarik dengan kepimpinan politik mengenai keperluan inisiatif pembaharuan strategik dan akur dengan perubahan yang diperlukan.

"Perdana Menteri secara tetap bercakap mengenai bagaimana pasaran memerlukan asas merit dan keperluan bagi ketelusan," katanya yang turut duduk di dalam Majlis Perundingan Ekonomi Negara.

- Bernama