Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dua kali saman, restoran ditutup
Diterbitkan:  May 6, 2010 3:27 PM
Dikemaskini: 7:51 AM

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang membatalkan lesen perniagaan premis restoran selepas dua kali saman dikeluarkan jika skop kebersihannya terjejas.

saravanan kl draft plan 220808 02 Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M Saravanan, berkata tindakan itu akan diambil ke atas restoran yang tidak bersih dan gagal memenuhi kepuasan pelanggan.

Katanya, di bawah Kempen Pasukan Petugas Kebersihan yang bermula pada awal tahun ini, kementeriannya mahu memastikan Kuala Lumpur bebas daripada kekotoran dan menjadikannya bandar raya yang bersih untuk diduduki dan dikunjungi oleh pengunjung tempatan dan asing.

"Tujuan kita mengadakan kempen ini adalah untuk mendidik pemilik premis atau penjaja supaya mementingkan kebersihan, mematuhi undang-undang serta memberi keselesaan kepada orang ramai berkaitan kebersihan.

mamak restaurant 271206 open stoves "Kita akan menampal poster di semua restoran bersama dengan nombor SMS untuk dihubungi. Orang ramai bolehlah menggunakan peluang ini untuk membuat aduan dan tindakan akan diambil dalam masa 24 jam selepas DBKL menerima aduan," ," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke premis restoran di Hartamas dan Solaris di Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, pihak DBKL telah mengeluarkan 1,263 kompaun terhadap premis restoran di pelbagai lokasi seperti Masjid India, Chow Kit, Pudu, Bukit Bintang, Bricfields dan Bangsar.

 - Bernama

ADS