PAS dakwa kerajaan BN sekat kebebasan rakyat
PAS menyifatkan tindakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengenakan syarat yang ketat bagi proses penukaran alamat sebagai bermotifkan politik bertujuan menyekat kebebasan rakyat membuat pilihan dalam pilihanraya umum.
"Jelas kerajaan mahu menyekat hak rakyat untuk mengundi di mana yang mereka suka, dan memilih calon dan parti yang mereka suka," tegas setiausaha agungnya, Nasharuddin Mat Isa ketika dihubungi
malaysiakini
hari ini.
"Ini adalah sekatan tambahan kepada para pengundi, selepas Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mewajibkan pengundi baru supaya mendaftar dan mengundi mengikut alamat dalam kad pengenalan mereka.

"Rakyat mempunyai hak di segi perlembagaan untuk bebas bergerak, hak untuk tinggal di mana mereka suka, hak untuk mengundi dan memilih calon mereka," tegasnya.
Mengikut JPN, orang ramai diwajibkan memenuhi empat syarat untuk membuat pertukaran alamat dalam kad pengenalan bagi menangi isu pengundi import.
Empat syarat yang dikuatkuasakan serta-merta itu ialah tempat kelahiran, memiliki harta, pertalian kekeluargaan dan tempat bekerja di alamat yang hendak ditukar.
Ketua pengarahnya, Datuk Azizan Ayub berkata, langkah yang selaras dengan arahan Kabinet itu, antara lain, bertujuan menangani masalah pengundi import.
Kebebasan bertanding
Mengulas lanjut mengenainya, Nasharuddin berkata: "Mana tahu, selepas ini, kerajaan pula akan mengeluarkan arahan supaya calon-calon juga disyaratkan bertanding di kawasan mengikut alamat dalam kad pengenalan mereka."
Buat masa ini, katanya, mereka yang layak, boleh bertanding di mana-mana sahaja dalam pilihanraya umum asalkan mereka memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
Sebagai contoh, katanya, beliau sendiri dilahirkan di Negeri Sembilan, tetapi bertanding di Yan Kedah dalam pilihanraya umum lalu.
"Dalam pilihanraya itu, saya dipilih oleh pengundi di Yan untuk mewakili mereka di Parlimen. Itu adalah hak bagi mereka untuk memilih siapa yang mereka suka," tambahnya..
Bagaimanapun, katanya, dengan adanya syarat-syarat yang ketat yang dikenakan oleh JPN, rakyat kini sudah hilang hak mereka untuk membuat pilihan di mana dan siapa yang hendak diberi undi.
Ustaz Nasharuddin juga menafikan dakwaan SPR bahawa PAS ada mengeluarkan pekeliling menggesa ahli-ahlinya supaya menukar alamat dalam kad pengenalan mereka mengikut tempat yang mereka hendak mengundi.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.