Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP PKR Gobala dilarang ke Sarawak lagi
Diterbitkan:  May 12, 2010 5:14 PM
Dikemaskini: 9:31 AM

Ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan hari ini tidak dibenarkan memasuki Sarawak oleh pihak imigresen negeri itu.

Ini kali kedua, pemimpin PKR itu dihalang memasuki Sarawak sejak Disember 2008.

NONE Gobalakrishnan tiba di lapangan terbang Sibu menerusi penerbangan AirAsia pada jam  3.55 petang tetapi diberitahu pada kaunter imigresen yang dia tidak dibenarkan memasuki Sarawak.

Beliau bagaimanapun dibenarkan berjumpa dengan keluarga angkatnya yang berketurunan Iban untuk selama 19 minit di lapangan terbang itu dan mula menunggu giliran untuk dihantar pulang ke Semenanjung.

Pada tahun 2008, sehari sebelum Krismas, Gobalakrishnan yang bercadang bercuti dengan keluarga angkatnya juga dilarang masuk ke Sarawak.

Gobalakrishnan, yang dikenali dengan nama Ibannya, Jugam Jugah, dan MP Subang R Sivarasa adalah antara ahli politik PKR yang dilarang ke negara itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

[Baca berita penuh]

ADS