Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis ingatkan jangan main isu agama di Sibu
Diterbitkan:  May 13, 2010 2:44 PM
Dikemaskini: 7:13 AM

Parti politik yang bertanding dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu sekali lagi diperingatkan supaya tidak menyentuh perkara berkaitan agama dalam kempen mereka.

NONE Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata penduduk di Sabah dan Sarawak tidak mempunyai masalah agama dan mempunyai sikap toleransi yang tinggi dan agama bukan isu di kalangan penduduknya.

"Saya tidak mahu orang luar datang ke sini hasut isu agama. Kalau mereka lakukan demikian, kita akan ambil tindakan tegas.

"Walaupun tiada laporan dibuat, kita akan pantau dan kita tahu siapa yang biasanya terbabit dalam perkara seperti ini," katanya selepas melawat Bilik Gerakan Polis bagi pilihan raya tersebut di Kem Pasukan Gerakan Am Lanang di Sibu, hari ini.

NONE Menyentuh persiapan pihak polis, Musa berkata, persiapan teliti sudah dibuat dan percaya pilihan raya kecil tersebut akan berjalan dengan licin tanpa sebarang masalah.

"Dari segi kempen pilihan raya, ia berjalan dengan lancar dengan hanya tujuh laporan polis dibuat, yang kebanyakannya berkisar dengan soal tampal poster dan tidak ada sebarang laporan mengenai kes pergaduhan," katanya.

Sejumlah 1,800 pegawai dan anggota polis ditugaskan bagi memastikan pilihan raya kecil Sibu berjalan lancar pada 16 Mei ini.

- Bernama

ADS