Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pakar ekonomi: Najib ambil langkah tepat
Diterbitkan:  May 14, 2010 1:53 PM
Dikemaskini: 6:00 AM

Pakar ekonomi memberikan markah penuh kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana berjaya meletakkan ekonomi Malaysia pada kadar pertumbuhan yang pesat.

chinese people community and economy Dr Yeah Kim Leng, Ketua Ekonomi Kumpulan RAM Holdings, memperakui bahawa pemulihan ekonomi Malaysia yang pantas adalah hasil daripada pelan rangsangan Najib.

"Semasa Perdana Menteri Najib mengambil alih tugas meneraju negara, krisis kewangan dunia berapa pada puncaknya. Apa yang kita lihat sekarang ialah PM sudah melepasi cabaran paling kritikal dalam memastikan kita mampu bertahan dalam kemelesetan global yang berlaku serentak.

"Dasar yang dilaksanakan berjaya menangani kesan krisis kewangan global sehingga ke tahap Malaysia tidak mengalami kesan teruk," katanya.

Bursa Malaysia stock market economy Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan 10.1 peratus pada suku pertama 2010, pertumbuhan sukuan paling tinggi dalam tempoh 10 tahun. Kali terakhir Malaysia mencatat pertumbuhan sukuan tertinggi ialah pada 2000 apabila merekodkan pertumbuhan 11.7 peratus.

Dr Yeah menyifatkan prestasi suku tahunan itu hasil daripada dasar kukuh Najib, khususnya pakej rangsangan kedua, yang telah membantu merangsang keyakinan serta mengurangkan pemberhentian pekerja.

Beliau berkata Perdana Menteri telah memandu Malaysia menerusi tahap paling sukar, dan "fasa itu sudah berlalu".

Turut kagum

"Pemulihan Malaysia adalah lebih kukuh daripada unjuran oleh penganalisis pasaran. Kita pulih pada suku keempat tahun lepas dan ekonomi berkembang sebanyak 4.5 peratus," katanya.

malaysia stock exchange market klse 141008 09 "Sudah pasti pertumbuhan tahunan yang ketara itu juga disebabkan ekonomi menguncup tahun lepas. Apabila anda membuat perbandingan tahunan, kita melalui pemulihan kitaran," katanya.

Hasil daripada pandangan jauh Perdana Menteri, Dr Yeah berkata Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk mencapai ledakan ekonomi seterusnya.

Turut kagum ialah ahli ekonomi lulusan Sorbonne Perancis, Datuk Dr Norraesah Mohamad, yang berkata respons pantas Perdana Menteri untuk menggerakkan ekonomi, berjalan mengikut perancangan.

Beliau berkata satu sebab utama pemulihan itu ialah pakej rangsang RM70 bilion yang disuntik dalam ekonomi tahun lepas, yang masih diteruskan.

Sementara itu, Najib membayangkan Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bermakna lebih banyak pekerjaan untuk rakyat Malaysia.

NONE Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mengumumkan peningkatan kadar faedah untuk menangani sebarang peningkatan inflasi susulan pertumbuhan yang tinggi itu.

Ringgit juga ditutup lebih tinggi berbanding dollar Amerika Syarikat (AS) pada semalam hasil daripada data KDNK yang kukuh bagi suku pertama tahun ini.

Mata wang tempatan diniagakan pada 3.1950/1000 semalam berbanding 3.2030/2070 kelmarin.

Seorang peniaga berkata pengukuhan ringgit disumbangkan oleh aliran masuk dana ke dalam pasaran ekuiti.

"Ringgit akan diniagakan antara 3.18 dan 3.17 berbanding dollar tidak lama lagi," katanya.

Beka kang nam 1 north kore cargo freighter ship weapons to myanmar  malaysia bank suspected money laundering 060709 s Menteri Kabinet yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Shahrir Samad berkata "ringgit yang kukuh akan menggalakkan import barangan modal yang akan menyumbang kepada inovasi dan automasi industri dalam negara".

"Ia juga akan mengurangkan peruntukan subsidi kerajaan memandangkan petrol, gula dan tepung, yang merupakan produk yang memperoleh subsidi utama, semuanya yang didenominasi dalam dollar AS. Meneursi pengurangan subsidi, perbelanjaan operasi kerajaan dan defisit akan juga berkurangan."

 - Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS