Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Shaziman: Banjir kilat di Sibu dapat diatasi
Diterbitkan:  May 14, 2010 3:02 PM
Dikemaskini: 7:32 AM

Masalah banjir kilat yang berlaku sekali-sekala di beberapa tempat di Sibu akan dapat diatasi jika projek yang diluluskan oleh Kementerian Kerja Raya bagi mengatasi masalah itu dilaksanakan mengikut perancangan.

shaziman abu mansor Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata projek untuk menaikkan paras jalan dan mendalamkan sistem perparitan di beberapa kawasan di sini adalah antara langkah yang diambil bagi menangani masalah itu.

Bercakap kepada pemberita ketika meninjau kemajuan projek menaik taraf jalan di Kampung Bahagia Jaya di Jalan Teku di Sibu hari ini, beliau berkata kementerian itu memberi perhatian khusus kepada Sibu memandangkan terdapat banyak kawasan rendah di Sibu.

"Berikutan keunikan ciri-ciri muka bumi di sini, kami mengambil pendekatan yang berbeza untuk melaksanakan projek infrastruktur jalan di Sibu," katanya.

Semalam, beliau berkata RM611 juta telah diperuntukkan bagi membina dan menaik taraf jalan di Sibu mengikut Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan selain itu, tambahan RM6 juta disalurkan awal tahun ini bagi melaksanakan projek menerusi pendekatan yang berbeza ini.

Shazim NONE an menegaskan bahawa tiada sebarang motif politik di sebalik penyediaan peruntukan itu kerana kerajaan Barisan Nasional sentiasa serius dalam menyelesaikan masalah banjir kilat di Sibu.

"Ia (keputusan mengenai peruntukan itu) bukanlah dibuat secara spontan hanya kerana pilihan raya kecil di Sibu. Kami telah lama merancangkan projek ini," katanya.

- Bernama

ADS