Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Soi Lek ikrar tak sertai Kabinet
Diterbitkan:  May 14, 2010 3:17 PM
Dikemaskini: 7:41 AM

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini mengesahkan bahawa beliau tidak akan mencalonkan dirinya bagi jawatan menteri mahupun menduduki kerusi senator.

NONE Menjawab soalan pemberita selepas Persidangan Kemuncak Mahasiswa Kebangsaan di Putrajaya, Chua berkata beliau akan mengotakan kata-katanya sebelum ini, yang beliau tidak akan mecari jawatan kerajaan.

“Saya telah katakan sebelum ini dan saya akan kotakan janji saya. Saya tidak akan sertai Kabinet. Malah saya juga tak akan dicalonkan,” katanya.

Chua yang imejnya tercalar dengan skandal seks pada 2008 berkata beliau juga belum menyerahkan senarai calon MCA untuk mengisi jawatan dalam Kabinet kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk pertimbangannya.

Beliau juga mengulangi bahawa namanya juga tidak akan berada pada senarai berkenaan.

Pada sidang media itu, Chua juga berkata kepimpinan MCA yang baru bukan hanya memperjuangkan masalah yang dihadapi oleh masyarakat Cina bahkan turut mengambil berat semua isu melibatkan komuniti pelbagai kaum dan agama di negara ini.

K NONE atanya kepimpinan baru ini lebih fokus dan telus di samping berpegang kepada pendirian yang jelas dan nyata.

"Kita mengadakan lebih banyak dialog dan perjumpaan dengan pelbagai pihak dan persatuan, dengan harapan ia dapat menjelaskan isu-isu yang dihadapi, sekaligus membantu kerajaan menangani semua isu berkenaan.

"Kita nak membuktikan ini adalah kerajaan yang prihatin, bertanggungjawab dan mesra rakyat," katanya.

Chua berkata k NONE epimpinan baru MCA ini akan memberi keutamaan kepada isu-isu semasa sebelum beralih kepada aspek ekonomi, sosial dan pendidikan.

   

"Apabila kita lebih fokus, kita akan lebih peka kepada segala isu yang ditimbulkan. Saya tidak kata sebelum ini kita tidak fokus tetapi kita kali ini kita akan lebih fokus kepada lebih banyak isu.

"Sebagai parti untuk masyarakat Cina, saya rasa kita perlu memberi perhatian terhadap semua isu sama ada kita suka ataupun tidak agar masyarakat tahu tentang pendirian kita," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS