Malaysiakini
BERITA Malaysiakini

MBE: Dr M minta Melayu bersuara jika tak puas hati

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata orang-orang Melayu perlu mengkaji terlebih dahulu dan berani menyuarakan pendapat mereka sekiranya tidak berpuas hati dengan Model Baru Ekonomi (MBE).

bukit gantang by election mahathir ceramah and luncheon 060409 07 Beliau khuatir jika terdapat asas-asas dalam MBE yang tidak betul dan seterusnya akan menjadikan dasar-dasarnya tidak begitu tepat.

"Kita (Bumiputera) bukan hendak minta lebih (dari MBE), tetapi hendak pendapat kita diberi perhatian secara serius," katanya pada Konvenyen Usahawan Melayu anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) di Kuala Lumpur hari ini.

Menurutnya, mereka boleh menghantar memorandum untuk menyatakan pendapat dan sebarang tindakan harus dilakukan secara tertib dan bukan berdemonstrasi.

Katanya tidak ada mana-mana kerajaan di dalam dunia ini yang dapat membentuk dasar keputusan yang baik hingga tiada kecacatan.

Oleh itu adalah menjadi tanggong jawab rakyat untuk mengkaji dan membuat teguran yang bernas, katanya.

Dr Mahathir berkata beliau telah diberi peluang untuk mengkaji MBE tersebut sebelum ia diperkenalkan, malah beliau secara persendirian telah menghantar memorandum untuk memberi teguran terhadap perkara yang tidak menyenangkannya.

DEB bukan penghalang

Beliau berkata masih terdapat kekhuatiran sama ada MBE adil kepada semua kaum atau tidak.

Dr Mahathir juga tidak bersetuju jika Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang banyak membantu Bumiputera, dikatakan sebagai penghalang pembangunan kerana menurutnya, ramai bukan Bumiputera telah menerima manfaat darinya.

traders masjid india 141004 muslim trader Menurutnya, ramai orang bukan Bumiputera yang sudah bergelar jutawan di negara ini malah orang-orang Malaysia yang mendapat kontrak besar dan projek di negara luar seperti di Timur Tengah juga kebanyakannya di kalangan bukan Bumiputera.

"Jangan jadikan DEB sebagai asas, konon Malaysia tak dapat pembangunan. Umpamanya, apakah benar layanan kerajaan kepada pengusaha Bumiputera menghalang ekonomi negara?," katanya.

Menurutnya, pada masa itu, kerajaan perlu memberi layanan kepada Bumiputera kerana mereka tidak mendapat layanan yang saksama dari sektor swasta.

Katanya, kerajaan perlu bertindak supaya sektor swasta turut menjayakan DEB.

"Bukan nak bagi tongkat, kita nak berdiri di atas kaki sendiri tetapi masih ada yang tempang dan lemah kaki, jadi kita tolong sedikit," katanya.

- Bernama