Yayasan Melaka diminta jelaskan pelaburan dalam syarikat
Yayasan Melaka mesti membuat penjelasan kedudukan wang pelaburan RM45 juta dalam 18 buah syarikat, Naib Pengerusi DAP Lim Guan Eng berkata hari ini.
"Yayasan Melaka mesti menjelaskan sebab dan kriteria RM45 juta dilaburkan," katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, rakyat berhak mengetahui kedudukan pelaburan ini sama ada untung atau rugi kerana wang RM45 juta ini adalah wang rakyat.
Menurut beliau, ahli Dewan Undangan Negeri DAP Durian Daun, Melaka, Betty Chew Gek Cheng telah mendedahkan skandal penyelewengan kewangan Yayasan Melaka yang menggunakan belanjawan tahunannya untuk membeli barangan mewah walaupun ia dikhususkan untuk tujuan pendidikan[#1] (Laporkan skandal Yayasan Melaka kepada BPR[/#], Sept 11).
Bulan lalu, Ketua Menteri Melaka Datuk Wira Mohd Ali Rustam diberikan tempoh tiga hari oleh Chew untuk mengarahkan Yayasan Melaka melaporkan dakwaan penyelewengan agensi itu kepada Badan Pencegah Rasuah.
Chew telah mempersoalkan mengapa sebahagian besar daripada perbelanjaan tahunan Yayasan Melaka tidak digunakan untuk bantuan kewangan pendidikan, tetapi untuk menyokong aktiviti anak syarikat yang tidak ada hubungan dengan pendidikan.
"Ini jauh menyimpang daripada tujuan penubuhannya meningkatkan prestasi pendidikan pelajar di Melaka dengan memberikan bantuan kewangan kepada mereka, khususnya pelajar miskin," kata Lim.
"Hanya lima hingga enam peratus digunakan untuk tujuan pendidikan," tambahnya.
|
1997
(juta)
|
1998
(juta)
|
|
| Pinjaman wang pengajian tinggi |
2.7
|
3.4
|
| Biasiswa & tabung pelajar miskin |
0.7
|
0.7
|
Sumbangan kepada pelajar
Beliau juga mempertikaikan apakah pelaburan Yayasan Melaka sejumlah RM400 ribu dalam Melaka Golf Resorts bermakna mengajar pelajar miskin bermain golf boleh meningkatkan prestasi pendidikan mereka.
Syarikat-syarikat lain yang dilabur Yayasan Melaka termasuk Dazun Paper (RM16.9 juta); Photran Corporation (RM14 juta); Southern Hospital (RM2.5 juta); Far-East United Industri (RM2 juta); Pelangi Air (RM1.9 juta); Malaysia Technology Venture Two (RM1.8 juta); Konkrit Express (RM1.8 juta); dan YM Resources (RM1 juta).


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.