64 pendatang tanpa izin disebat di bawah akta baru
Seramai 64 pendatang tanpa izin (PTI) telah menjalani hukuman sebat sejak penguatkuasaan Akta Imigresen (Pindaan) 2002 mula 1 Ogos lalu, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Chor Chee Heung, berkata seramai 535 orang PTI telah ditangkap, didakwa dan dikenakan hukuman di bawah akta tersebut sejak tamat tempoh pengampunan selama empat bulan.
Menjawab pertanyaan lisan Fong Kui Lun (DAP - Bukit Bintang), Chor berkata, sebelum penguatkuasaan akta tersebut, lebih 80 peratus pekerja asing di sektor pembinaan di negara ini adalah pendatang tanpa izin.
Sehubungan itu, katanya, sejumlah 318,272 orang PTI telah pulang secara sukarela ke negara asal mereka sehingga tempoh pengampunan berakhir pada 31 Julai lalu.
Dari jumlah itu, katanya, majoriti PTI yang meninggalkan negara ini adalah rakyat Indonesia (269,503), Bangladesh (17,570), India (20,053), Pakistan (2,191) dan bakinya daripada beberapa negara lain.

Laluan hijau
"Bagi mengelak ekonomi negara terjejas (dengan ketiadaan pekerjaan di sektor pembinaan), kerajaan telah bersetuju supaya permohonan pengambilan pekerja asing dipercepatkan melalui proses `laluan hijau'," kata Chor.
Jelasnya, bagi tempoh bulan Ogos hingga 20 September lalu, KDN telah meluluskan 1,293 permohonan dari sektor pembinaan yang melibatkan seramai 229,038 pekerja asing dari pelbagai negara.
"Negara-negara sumber yang dibenarkan untuk sektor pembinaan ialah Indonesia, Thailand, Nepal, Burma, Kemboja, Laos, Vietnam, Filipina, Uzbekistan, Kazakhtan dan Turkmenistan," katanya.
Ketika disoal pemberita semasa sidang akhbar di lobi Parlimen, Chor berkata langkah kerajaan mengenakan hukuman lebih berat terhadap PTI telah berjaya mengekang kebanjiran mereka di negara ini.
Bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa syarikat pembinaan yang menghadapi masalah boleh terus menghubungi KDN atau melalui Persatuan Pembekal Binaan (sekiranya mereka ahli persatuan tersebut) untuk mempercepatkan urusan pengambilan pekerja.
Bantahan
"Pertimbangan terhadap permohonan akan mengambil masa selama enam minggu," tambah Chor.
Beliau berkata adalah sukar untuk mengenal pasti berapa jumlah pekerja asing yang diperlukan di negara ini kerana ianya berubah mengikut keadaan.
"Bagaimanapun, kerajaan akan memastikan pekerja asing adalah cukup apabila diperlukan," kata Chor lagi.
Langkah kerajaan Malaysia memperkenalkan undang-undang yang lebih ketat terhadap PTI telah mendapat kritikan dari negara jiran, terutamanya Indonesia dan Filipina.
Antara lain, mereka telah mengadakan demonstrasi di luar kedutaan Malaysia di Jakarta dan Manila Ogos lalu sambil membakar bendera negara ini.
Mereka mendakwa hukuman hukuman penjara dan sebatan yang dikenakan adalah melampau serta melanggar hak asasi manusia.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.