Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu pasir: MB galak orang ramai buat laporan polis
Diterbitkan:  May 19, 2010 6:39 PM
Dikemaskini: 11:36 AM

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata beliau menggalakkan sesiapa sahaja membuat laporan polis demi menjaga harta negeri atau membanteras penyalahgunaan kuasa.

NONE Beliau berkata polis mempunyai kuasa dan keupayaan untuk membuat siasatan termasuk terhadap adiknya Hajiman yang didakwa mungkin terlibat dalam kes simbah cat merah di kediaman dan kenderaan Anggota Parlimen Kapar S. Manikavasagam di Pekan Meru Ahad lalu.

Manikavasagam juga menerima ugutan bunuh selepas membuat laporan polis terhadap dakwaan berlakunya rasuah di kalangan pegawai atasan Kumpulan Semesta Sdn Bhd, syarikat anak negeri yang bertanggungjawab terhadap perniagaan pasir, Rabu lalu.

khalid ibrahim "Tak apa..dia buatlah (laporan polis). Ini semua perkara boleh sebab polis mempunyai kuasa dan keupayaan untuk buat penyiasatan," kata Khalid ( kiri ) ketika diminta mengulas laporan polis yang dibuat seorang anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang pernah berkhidmat dengannya di Ijok, di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang tengahari tadi.

Bekas Penyelaras PKR Ijok Azmi Muhammad membuat laporan polis pada jam 12.05 tengahari tadi mengenai kenyataan Abdul Khalid terhadap Manikavasagam yang

didakwanya berbaur ugutan.

    

Azmi  berkata kenyataan Abdul Khalid yang disiarkan di Buletin Utama TV3 malam Ahad lalu menyebut Manikavasagam harus berani dan bersedia menerima risiko tindak balas oleh mereka yang didedahkan olehnya.

Beliau berkata laporan polis ini dibuat supaya polis menyiasat kemungkinan kenyataan berbaur ugutan oleh Abdul Khalid bagi melindungi adiknya sendiri, Hajiman di samping mengesyaki Hajiman mungkin terlibat atau mempunyai pengetahuan di dalam kejadian yang menimpa Manikavasagam.

Sepa NONE njang berkhidmat sebagai penyelaras PKR Ijok dari April hingga Disember 2008, Azmi berkata Hajiman disyaki terlibat dalam aktiviti pengeluaran pasir tanpa permit dari tanah milik anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Darul Ehsan Bhd di Batang Berjuntai.

Hajiman juga disyaki menerima wang berjumlah ribuan ringgit termasuk pembelian sebuah Toyota Harrier dan beberapa mesyuarat perancangan aktiviti itu didakwa diadakan di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam, katanya.

    

- Bernama

ADS