ADUN Maradong dari DAP Ting Tze Fui kini semakin pasti akan menjadi ahli ketiga Pakatan Rakyat yang akan digantung berhubung kenyataan yang dibuatnya di dewan undangan negeri Sarawak November tahun lalu.

NONE Hari ini DUN Sarawak meleluluskan usul supaya Ting diheret ke Jawatankuasa Keistimewaan sebelum dikenakan sebarang tindakan.

Usul itu yang dicadangkan oleh timbalan setiausaha agung SUPP, Datuk Wong Soon Koh itu diluluskan dengan 59 undi berbanding empat yang menentang.

Pakatan Rakyat mempunyai tujuh wakil, termasuk enam daripada DAP dan seorang daripada PKR.

Bagaimanapun Chong Jen Jien (DAP-Kota Sentosa) dan Dominique Ng (PKR-Padungan) digantung selama 12 bulan sejak Selasa lalu tidak hadir manakala ketua pembangkang Sarawak, Wong Ho Leng (DAP-Bukit Assek) tidak dibenarkan mengundi atas sebab ‘teknikal’.

azlan Jawatankuasa khas lima ahli berkenaan dianggotai semuanya oleh wakil rakyat BN yang dijangka akan memgambil keputusan menggantung Ting.

Ketika dihubungi, Ting berkata tindakan BN itu ‘tidak adil’ dan ‘tidak demokratik’.

“Tidak kira, apa yang diperkatakan, BN tetap akan mencari jalan untuk menggantung Pakatan,” katanya yang beranggapan beliau tidak akan diberi perbicaraan yang adil.

Bagaimanapun Ting berkata, tindakan BN itu tidak akan mematahkan semangatnya dan menggesa rakyat Sarawak supaya mengundi lebih ramai perwakilan Pakatan agar suara mereka di DUN Sarawak akan lebih kuat.

Ting diheret ke jawatankuasa itu kerana menuduh kerajaan Sarawak menyalah-gunakan dana negeri ketika perdebatan mengenai bajet negeri pada November lalu.

[Baca berita penuh]