Politik cetus perebutan kuasa di Masjid Mujahiddeen
Kejadian perebutan imam berlaku di Masjid Mujahideen Damansara Utama, Kuala Lumpur sejak awal tahun ini berikutan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melantik imam dan bilal baru bagi menguruskan masjid berkenaan.
Bagaimanapun, perlantikan itu tidak dipersetujui ahli jawatankuasa (AJK) masjid yang sedia ada kerana mendakwa ianya bermotif politik dan tidak tidak persetujui oleh penduduk Islam di situ.
Berikutan itu, jawatankuasa berkenaan telah mengambil keputusan untuk melantik firma guaman Hanipa Maidin, untuk menyelesaikan perkara itu di mahkamah.
Jumaat lalu, firma guaman terbabit telah menghantar surat kepada Jais, berhubung perlantikan itu, memberinya tempoh tujuh hari untuk menjawabnya.
Kejadian perebutan imam berlaku di Masjid Mujahideen Damansara Utama, Kuala Lumpur sejak awal tahun ini berikutan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melantik imam dan bilal baru bagi menguruskan masjid berkenaan.
Bagaimanapun, perlantikan itu tidak dipersetujui ahli jawatankuasa (AJK) masjid yang sedia ada kerana mendakwa ianya bermotif politik dan tidak tidak persetujui oleh penduduk Islam di situ.
Berikutan itu, jawatankuasa berkenaan telah mengambil keputusan untuk melantik firma guaman Hanipa Maidin, untuk menyelesaikan perkara itu di mahkamah.
Jumaat lalu, firma guaman terbabit telah menghantar surat kepada Jais, berhubung perlantikan itu, memberinya tempoh tujuh hari untuk menjawabnya.
Sementara itu, jurucakap AJK masjid berkenaan berkata, pihaknya percayai Jais bertindak melantik imam dan bilal baru kerana kebanyakan ceramah yang dianjurkan di situ lebih cenderung kepada pembangkang.
"Kami percaya itulah puncanya kerana kita difahamkan tindakan yang sama juga diambil ke atas beberapa lagi masjid yang memang dicop sebagai anti-kerajaan," katanya kepada malaysiakini .
Katanya, jika Jais gagal menjawab surat itu dalam tempoh yang ditetapkan, pihaknya akan mendapatkan perintah mahkamah melarang Jais daripada melantik AJK baru bagi masjid berkenaan.
Desakan Umno
Peristiwa terbaru perebutan imam itu berlaku Jumaat lalu, apabila AJK masjid berkenaan tidak membenarkan imam dan bilal lantikan Jais mengendali sembahyang Jumaat. Turut hadir ialah pegawai-pegawai penguatkuasa Jais.
Bagaimanapun, tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku kerana imam dan bilal Jais itu beralah dan turut bersembahyang Jumaat berimamkan imam sedia ada, Dr Mahfuz Mohamad.
Malaysiakini difahamkan, sebelum ini, satu pertemuan telah diadakan di antara AJK lama masjid dengan Jais selepas jabatan itu melantik pengurus (imam), timbalan pengurus (bilal) dan penolong pengurus (siak) Disember lalu.
Berikutan itu, difahamkan, Majlis Agama Islam Selangor (Mais) telah bersetuju membatalkan perlantikan baru dan mengekalkan AJK lama, dengan syarat mereka menggunakan teks khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jais dan mendapat kebenaran Jais apabila menjemput penceramah ke masjid berkenaan.
Bagaimanapun, dua bulan selepas itu, mereka dikatakan menerima surat daripada Jais untuk memaklumkan mengenai perlantikan imam, bilal dan siak yang baru.
Jurucakap AJK lama mendakwa perlantikan baru itu dibuat oleh Jais atas desakan Umno bahagian Petaling Jaya Utara kerana pihak pengurusan Masjid Mujahiddeen itu dikatakan lebih pro-pembangkang.
Katanya, salinan surat daripada Umno bahagian berkenaan juga dihantar kepada Setiausaha Kerajaan Selangor (selaku pengerusi Mais) dan Menteri Besar, Datuk Mohamad Khir Toyo.
Medan politik
Sementara itu, jurucakap bahagian masjid Jais ketika dihubungi berkata, Jais telah mengambil alih pengurusan Masjid Mujahiddeen, Damantara Utama sejak tahun lalu dan kini dalam proses melantik AJK baru.
"Kita kini dalam proses membuat perlantikan itu yang agak mengambil masa sedikit. Memang menjadi tanggungjawab kita untuk membuat perlantikan pengurus (imam), timbalan pengurus (bilal) dan penolong pengurus (siak) kerana gaji mereka dibayar oleh Jais," tegasnya.
Ditanya mengapa AJK lama perlu diganti, jurucakap itu berkata: "Ada masalah...masjid ini dijadi medan politik. Kita telah memberi peringatan kerana membaca khutbah sendiri yang mengandungi unsur-unsur politik. Mereka tidak baca khutbah yang disediakan oleh Jais."
Beliau juga menjelaskan bahawa semua masjid di Selangor, walaupun ianya dibina tanpa wang kerajaan, tetap tertakluk kepada pengawasan Mais sebagai badan induk dan Jais sebagai badan pelaksana.
Malah, katanya, perlantikan AJK baru itu dibuat atas cadangan Persatuan Umat Islam Damansara Utama (Padu) di mana pengerusinya juga turut dilantik menganggotai jawatankuasa berkenaan.
Ditanya apakah tindakan selanjut Jais sekiranya perbalahan itu berterusan, beliau berkata, jabatan boleh mengambil tindakan menangkap mereka yang melanggar arahan Jais itu.
"Masjid adalah untuk semua orang. Oleh itu, kita mahu masjid dijadikan tempat yang berkecuali daripada sebarang fahaman politik," katanya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.