Rafidah dan Rahim tidak akan didakwa: Rais
Kerajaan tidak bercadang mendakwa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz dan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, atas tuduhan rasuah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata keterangan terhadap kedua-dua menteri itu tidak cukup dan tidak memenuhi standard pembuktian untuk membolehkan pertuduhan rasuah terhadap mereka dikenakan di mahkamah.

"Oleh yang demikian, siasatan ke atas kedua-dua kes tersebut telah ditutup," katanya dalam jawapan bertulis kepada Kerk Kim Hock (DAP-Kota Melaka) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Kerk dalam soalannya bertanyakan mengenai kemungkinan kerajaan akan mendakwa Rafidah dan Rahim ekoran keputusan kes Ketua Pemuda Keadilan Ezam Mohd Noor berkaitan dengan dokumen penyiasatan kes rasuah terhadap kedua-dua pemimpin itu, yang disahkan benar.
Rais berkata pendakwa raya menurut budi bicara mengikut Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan, tidak bercadang membuka semula keputusan yang telah dibuat ke atas kedua-dua kes berkenaan.
Bocor rahsia
Baru-baru ini, Ketua Pemuda Keadilan, Ezam Mohd Nor, dihukum dua tahun penjara selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya kerana didapati bersalah melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Ezam, 35, telah dihadapkan ke mahkamah atgas tuduhan membocorkan rahsia rasmi berhubung siatan terhadap dakwaan amalan rasuah yang membabitkan Rafidah dan Rahim.
Beliau dituduh melakukan kesalahan itu semasa mengadakan sidang akhbar pada 6 November 1999 berhubung perkara itu.
Sebelum dihantar menjalani hukuman penjara di Kajang, Ezam, yang juga bekas setiausaha politik bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ditahan di Pusat Tahanan Kemunting kerana didakwa bersama lima orang lagi pemimpin Reformasi merancang untuk menjatuhkan kerajaan secara kekerasan.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.