Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Exco Johor sedar selepas pintasan jantung
Diterbitkan:  May 24, 2010 4:27 PM
Dikemaskini: 8:31 AM

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Johor, Abd Aziz Kaprawi, yang selamat menjalani pembedahan pintasan jantung semalam, kini sudah sedar dan melepasi waktu kritikal.

NONE Isteri beliau, Sabariah Tokimin yang ditemui di Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru, hari ini, berkata Abd Aziz, 51, yang dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung, Sabtu lalu, bagaimanapun diletakkan di bawah pemerhatian doktor bagi tempoh 48 hingga 72 jam lagi sebelum dipindahkan ke wad biasa.

"Pagi ini beliau sudah sedar, buka mata dan boleh tersenyum. Itu bagi saya adalah petanda baik.

"Saya lihat keadaannya seperti biasa seperti mana pesakit baru menjalani pembedahan. Tiada pelawat dibenarkan masuk buat masa ini kecuali saya dan anak-anak," katanya.

Sabariah berkata, Abd Aziz sebelum ini pernah mengadu sakit dada tetapi dia beranggapan ADUN Parit Raja itu hanya kekurangan rehat.

Kesemua lima anak pasangan itu turut berada di hospital berkenaan dan antara kenamaan yang hadir ialah isteri Menteri Besar Johor, Datin Jamilah Ariffin.

- Bernama

ADS