Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
ADUN Kerdau stabil tapi tak berupaya bercakap
Diterbitkan:  May 24, 2010 6:42 PM
Dikemaskini: 10:52 AM

Anggota Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur sudah mampu memberikan respon melalui komunikasi mata, kata Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

NONE Katanya, Zaharuddin bagaimanapun belum berupaya untuk bercakap dan keadaan beliau stabil.

Zaharuddin, 63, sebelum ini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh kerana penyakit ulser dan telah menjalani pembedahan.

Bagaimanapun doktor yang merawatnya turut mengesan beliau mengalami komplikasi jantung dan memindahkannya ke IJN pada 9 Mei lalu.

- Bernama

ADS