BERITA

Judi: Pemuda PAS cabar PERKASA berdebat

Puteri Aida Haryani

Diterbitkan
Dikemaskini 25 Mei 2010, 9:05 pagi

Dewan Pemuda PAS pusat hari ini mencabar Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berdepan dalam satu debat perdana mengenai kemungkaran judi.

azlan Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan berkata, pihaknya bersedia berdebat dengan PERKASA pada bila-bila masa, kecuali sewaktu muktamar parti itu bulan depan.

Muktamar PAS akan berlangsung di Kota Bharu dari 9 hingga 13 Jun depan.

Dalam SMSnya kepada Malaysiakini hari ini, Nasrudin mencadangkan debat perdana itu dengan tajuk "kemungkaran judi bercambah dalam negara: tanggungjawab siapa".

Pemberian lesen judi bola sepak itu mendapat tentangan hebat daripada Pakatan Rakyat serta masyarakat Islam dan bukan Islam.

Nasruddin sebelum ini telah mengarahkan dewan Pemuda PAS negeri mengadakan demontrasi membantah pemberian lesen judi itu.

Jumaat lalu, demontasi membantah lesen judi itu diadakan serentak oleh lima negeri - Selangor, Perak, Pulau Pinang, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Manakala Jumaat ini, demonstrasi bantahan yang sama akan diadakan di Kedah, Perlis, Kelantan, Pahang dan Selangor.

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.