PM tidak campurtangan siasatan dakwaan rasuah terhadap Rafidah
Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad tidak campurtangan dalam penyiasatan dan pendakwaan ke atas seorang menteri kanan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang kini kesnya telah ditutup.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Douglas Unggah Embas memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa isu tersebut tidak timbul kerana pendakwaan dibuat hanya apabila Peguam Negara berpuas hati terdapat bukti dan keterangan yang mencukupi untuk berbuat demikian.
"Kuasa Peguam Negara untuk mendakwa atau tidak sesuatu kes itu, termaktub di bawah Artikel 145 (3) Perlembagaan Persekutuan," katanya semasa menjawab soalan ahli Parlimen Kota Bharu, Ramli Ibrahim.
Ramli, ketika sessi soal jawab, telah membangkitkan soal status siasatan terhadap dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengenai campurtangan Dr Mahathir dalam kes yang melibatkan Datuk Seri Rafidah Aziz (
kiri
).
Menurut Douglas, BPR telah mengambil maklum berhubung dakwaan Anwar itu, tetapi tidak dapat membuat siasatan berhubung dakwaan itu.
"Ini adalah kerana siasatan BPR yang melibat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, telah ditutup setelah Jabatan Peguam Negara kerana mendapati tiada keterangan yang mencukupi untuk meneruskan pendakwaan terhadapnya," katanya.

Bagaimanapun, Ramli mempertikaikan keputusan Jabatan Peguam Negara tersebut kerana katanya tidak mungkin Anwar yang pernah menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, tidak mempunyai bukti yang cukup untuk mendakwa Rafidah.
Menyiasat semula
Oleh itu, Ramli menggesa kerajaan supaya menyiasat semula dakwaan Anwar itu.
Selain itu, Douglas turut menafikan dakwaan Ramli bahawa BPR telah menjalankan "pendakwaan terpilih" serta tidak cekap dalam menjalankan tanggungjawabnya.
Menurut Douglas, dari tahun 2000 hingga Jun 2002, BPR telah menjalankan 2,022 siasatan, iaitu dua siasatan mengikut Akta Pencegah Rasuah 1961; 1984 siasatan mengikut Akta Pencegah Rasuah 1997, dua siasatan mengikut Ordinan No. 22 dan 34 siasatan mengikut Kanun Keseksaan.
"Dalam tempoh tersebut, BPR telah mendakwa 214 kakitangan kerajaan, 185 orang awam dan dua ahli politik," tambahnya.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kerajaan tidak bercadang mendakwa Rafidah dan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik (
kiri
), atas tuduhan rasuah.
Rais berkata, keterangan terhadap mereka tidak cukup dan tidak memenuhi piawaian pembuktian untuk menghadapkan mereka di mahkamah atas tuduhan rasuah.
Baru-baru ini, Ketua Pemuda Keadilan, Ezam Mohd Nor, dihukum dua tahun penjara selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, kerana melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Ezam, 35, telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membocorkan rahsia rasmi mengenai siasatan berhubung dakwaan rasuah yang membabitkan Rafidah dan Rahim.
Ezam dituduh melakukan kesalahan itu semasa mengadakan sidang akhbar pada 6 November 1999 berhubung perkara itu.