Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini tidak membincangkan rancangan kerajaan untuk memotong subsidi, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

hishammuddin hussein 160310 pc at parliament “Perkara itu tidak dibincangkan,” kata Hishammuddin ketika sidang media di Putrajaya, hari ini.

Bagaimanapun, menurut laporan Reuters lewat petang ini, yang memetik sumber, mesyuarat Jemaah Menteri hari ini ada membincangkan perkara berkenaan tetapi tidak memutuskan berhubung methodology ataupun menetapkan jangkamasanya.

Menurut laporan itu, keputusan kerajaan tidak dijangkakan dalam masa terdekat ini.

“Kita masih terpaksa menunggu maklum balas daripada orang ramai dan membincangkan lanjut bagaimana cadangan berkenaan boleh diselaraskan sebelum dilaksanakan,” kata sumber itu kepada Reuters .

Kos subsidi negara ini mencecah RM74 bilion tahun lalu manakala kadar defisit dicatatkan pada kadar paling tinggi sejak 20 tahun lalu.

[Baca berita penuh]

ADS