Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahathir: Pergi sebelum orang benci
Diterbitkan:  May 27, 2010 3:42 PM
Dikemaskini: 7:44 AM

Datuk Seri S Samy Vellu sepatutnya menerima pengiktirafan kerana mungkin telah mencipta satu rekod baru untuk ahli politik paling lama memegang tampuk kepimpinan sebuah parti politik di negara ini.

mahathir ikmal presidential lecture 290410 Utusan Malaysia Online melaporkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Presiden MIC itu telah 'memerintah' lebih lama daripada beliau sendiri yang memegang jawatan perdana menteri selama 22 tahun dan perlu diberi pengiktirafan atas rekod tersebut.

Ditanya mengenai kemelut jawatan presiden MIC itu, beliau mengulangi kenyataannya bahawa 'kita tidak sepatutnya tinggal lebih lama dari yang dialu-alukan'.

“Saya bukan mewakili Umno dalam berkata demikian, tetapi 'pergi sebelum orang benci' menjadi antara sebab saya melepaskan jawatan tertinggi negara tujuh tahun lalu,” katanya selepas menyampaikan ucaptama di Persidangan Penuaan Sihat Malaysia Kelima di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemelut jawatan presiden MIC yang tidak berubah sejak 1979 sehingga mendorong pembentukan gerakan menentang kepimpinan Samy Vellu oleh sebahagian anggota MIC dan masyarakat India.

ADS