PAS gesa kjaan lebih proaktif
PAS menggesa kerajaan Malaysia lebih proaktif dengan membawa isu serangan tentera Israel terhadap flotila bantuan kemanusiaan pro-Palestin ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
"Masyarakat dunia sememangnya memerlukan satu strategi dan tindakan baru yang lebih serius, tegas, dan keras untuk memberikan tekanan kepada regim Zionis yang sudah terbukti tidak menghormati meja perundingan," kata presidennya Datuk Seri Abdul Abdul Hadi Awang.
Beliau mengulas serangan pasukan komando terhadap flotilia itu yang mengorbankan 16 nyawa dan menahan ratusan aktivis, termasuk 12 aktivis dan wartawan Malaysia.
Tindakan berbaru regim itu mengundang kecaman dan bantahan di seluruh dunia melalui siri demonstrasi di pelbagai tempat, termasuk di Kuala Lumpur hari inil
Dalam satu kenyataan pagi ini, Abdul Hadi berkata serangan yang mengorbankan beberapa nyawa itu menunjukkan "wajah sebenar regim Zionis Israel yang sedikit pun tidak menghiraukan kutukan antarabangsa".
"Selain itu, timbunan puluhan resolusi yang dibawa ke meja antarabangsa juga gagal menghalang regim Zionis Israel dari terus bertindak kejam dengan berleluasa," katanya.

