Anggota Majlis Keselamatan PBB hari ini mengutuk serangan Israel terhadap kapal bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin dan menggesa Israel menamatkan sekatan terhadap Semenanjung Gaza.

NONE Menurut AFP , dalam kenyataan berasingan sebelum kemungkinan reaksi rasmi Majlis Keselamatan PBB, 15 negara anggota mengeluarkan pernyataan yang hampir semuanya mengutuk serangan Israel yang menyebabkan sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh.

"Lebih jelas sekarang bahawa sekatan Israel terhadap Gaza perlu ditamatkan sejajar Resolusi 1860 Majlis Keselamatan. Sekatan ini tidak boleh diterima dan tidak produktif," kata Duta British, Mark Lyall, sebelum sesi tergempar yang dipanggil berikutan serangan itu.

Perancis, Russia dan China, anggota tetap yang memiliki kuasa veto, turut menggesa sekatan itu ditarik balik dan siasatan bebas dijalankan.

Amerika Syarikat, sekutu tradisi Israel yang sering kali menggunakan kuasa veto untuk membantu negara Yahudi itu, tidak meminta Israel secara khusus menamatkan sekatan ke atas Semenanjung Gaza tetapi membayangkan tindakan itu patut dilonggarkan.