MT Umno perlu bersihkan nama Azalina
Majlis Tertinggi Umno (MT) diminta berbuat sesuatu bagi membersihkan nama Azalina Othman Said apabila beliau memegang jawatan ketua pergerakan Puteri Umno dan sekaligus menjadi naib presiden parti itu.
Sehingga ini Azalina mendapat pencalonan daripada 162 daripada 165 bahagian Puteri Umno yang bermesyuarat sehingga ini. Tiga lagi bahagian Merudu, Sabah, akan bermesyuarat petang ini, manakala Kapar dan Kuala Selangor malam ini.
Jika ketiga-tiganya turut mencalonkan Azalina, maka beliau akan memenangi jawatan itu tanpa bertanding. Mesyuarat pertama Puteri Umno peringkat kebangsaan akan berlangsung pada 1 Nov depan.
Menurut sumber-sumber yang rapat dengan Umno, memandangkan jawatan naib presiden yang bakal disandang oleh Azalina adalah yang ketiga tertinggi dalam parti itu, maka seharusnya MT memberi perhatian serius terhadap perkara itu.
"Ini kerana ianya bukanlah perkara baru dalam Umno. Ianya pernah berlaku terhadap naib presiden parti, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan ketua pergerakan Pemuda Umno, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, yang juga ketika itu merupakan ketua menteri Melaka.

"Dalam kes mereka, Majlis Tertinggi telah 'menasihatkan' mereka supaya "bercuti" daripada jawatan dalam parti dan kerajaan sehinggalah siasatan terhadap kes mereka selesai. Selepas itu, selepas selesai kes mereka, masing-masing kembali memegang jawatan dalam parti," tegas sumber itu lagi.
Penyelewangan
Katanya, perkara yang sama berlaku terhadap bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipecat daripada jawatannya dalam parti dan kerajaan atas dakwaan salahguna kuasa dan liwat.
Sementara itu, seorang pemimpin Umno bahagian berkata, Jawatankuasa Disiplin Umno baru-baru ini menyatakan pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat dakwaan penyelewengan yang dibuat oleh Elly Zalila (
kiri
) terhadap Azalina kerana ianya sudah menjadi kes polis.
"Bagaimanapun, itu tidak bermakna tuduhan Elly terhadap Azalina tidak berasas. Hakikatnya ialah sementara itu menunggu hasil siasatan polis, pihak MT juga perlu berbuat sesuatu," tambahnya.
Dalam laporannya kepada polis dan Jawatankuasa Pengurusan Umno, Elly mendakwa wujudnya tiga akaun bagi Puteri Umno, kehilangan wang kutipan untuk mangsa Afghanistan, wujudnya dua keahlian dan pendaftaran empat van milik pergerakan itu atas nama mereka yang tiada kaitan dengannya.
Sambil merujuk kepada kes aduan salahguna kuasa yang dibuat oleh Ahli Undangan Negeri (Adun) Beserah Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman terhadap Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Khalil Yaakob, beliau berkata, sehingga ini tiada khabar berita mengenainya.
Fauzi mendakwa Khalil telah melakukan penyelewengan kuasa dalam pemberian tanah balak kepada pihak tertentu di Pahang sewaktu menerajui negeri itu.
Syak Wasangka
Dalam kes itu, jawatankuasa disiplin Umno memberi alasan yang sama bahawa ianya di luar bidang kuasa mereka kes itu sudah dibawa kepada Badan Pencegah Rasuah, katanya.
"Tanpa MT berbuat sesuatu untuk membersihkan nama Azalina, syak wasangka terhadap kewibawaannya untuk terus memimpin Puteri Umno akan terjejas," tambahnya.
Beliau juga mempersoalkan kenyataan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Megat Junid Megat Ayob (
gambar
) dalam sebuah laman web pro-Azalina bahawa siasatan ke atasnya (Azalina) tidak menjejaskan kedudukannya jika menang tanpa bertanding bagi jawatan ketua puteri Umno.
Megat dilaporkan sebagai berkata, jika benar dakwaan Elly bahawa beberapa kenderaan didaftarkan atas nama orang lain bukan Puteri, ia bukan satu kesalahan jenayah dan lagi pula ketika itu Puteri Umno hanya berstatuskan penaja.
"Jika benar, biarlah pihak MT Umno membuat kenyataan rasmi mengenainya," tambah ketua bahagian terbabit.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.