Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Selangor sokong lanjut LRT ke Puchong
Diterbitkan:  Jun 5, 2010 10:30 AM
Dikemaskini: 10:28 AM

Kerajaan negeri Selangor menyokong usaha untuk memperluaskan lagi laluan transit aliran ringan (LRT) di dalam kawasan di negeri itu demi kepentingan rakyat, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

khalid ibrahim Beliau bersama wakil Syarikat Prasarana Negara Berhad dan Majlis Perbandaran Subang Jaya meninjau kawasan yang mungkin terlibat dengan pembinaan itu.

Empat kawasan yang dilawati petang semalam ialah Kampung Sri Aman, Taman Mas, Kampung Sungai Batu dan Putra Heights di Puchong.

Beliau berkata projek tersebut akan memberi manfaat kepada penduduk walaupun sebahagian daripada mereka mungkin akan "terkena tempias" daripada pembinaan projek berkenaan.

NONE "Penduduk terutamanya di Kampung Sri Aman risau jika menerima impak negatif ke atas tanah yang mereka miliki kesan daripada kerja-kerja pembinaan itu nanti.

"Mereka suka ada kenderaan awam tetapi tak suka kemudahan ini di hadapan rumah mereka. Mereka sokong, tapi tak nak terkena pada rumah mereka. Jadi kita mesti timbang rasa kepada mereka," katanya kepada Bernama semasa lawatan tersebut.

Abdul Khalid berkata para penduduk akan diberitahu perkembangan seterusnya mengenai projek berkenaan kira-kira dua minggu lagi selepas ia dibincangkan pada Majlis Tindakan Ekonomi Selangor.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS