Tuduhan pengganas tidak jejaskan semangat Abim
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) tidak akan berhenti daripada terus membantu umat Islam di seluruh dunia yang menjadi mangsa peperangan dan kelaparan, kata presidennya Ahmad Azam Abdul Rahman hari ini.
"Malah, selepas tersiarnya laporan mengenai dakwaan bahawa Abim terbabit dengan rangkaian al-Qaeda, kami menerima banyak panggilan daripada mereka yang menyokong dan menghargai usaha Abim membantu saudara Islam di seluruh dunia," tegasnya.
Sebelum ini, nama Abim, Barisan Nasional (BN), Pas dan beberapa pertubuhan Islam yang lain didakwa menganuti ideologi al-Qaeda.
Ianya terkandung dalam laporan kumpulan pemantau Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang dipetik daripada buku
Inside Al Qaeda, Global Network of Terror
, karangan Rohan Gunaratna.
Mengulas lanjut, Azam berkata, Abim tidak akan terjebak dalam perangkap golongan yang tidak suka kepada apa yang dilakukan oleh pertubuhan Islam pada masa ini.
"Kita akan teruskan usaha kita selama ini tanpa takut dan rasa bersalah kerana usaha kita bukan berasaskan kepada keganasan, tetapi berdasarkan dakwah dan keimanan," katanya kepada malaysiakini hari ini.

Mangsa perang
Azam juga menyatakan kekesalannya dengan tindak-tanduk pihak tertentu yang melabelkan mana-mana pertubuhan Islam yang membantu saudara seagama mereka di mana sahaja, sebagai pengganas.
Walhal, tegasnya, bantuan yang disalurkan itu adalah berdasarkan kepada keperluan umat Islam yang sama ada menjadi mangsa perang ataupun kerana kelaparan.
Sekiranya pertubuhan seperti Abim dianggap pengganas "saya tidak tahu apakah tanggapan mereka terhadap pertubuhan Islam yang lain di seluruh dunia".
"Nampaknya, ada unsur-unsur untuk menyekat pertubuhan Islam daripada menolong sesama umat Islam. Kerana itu kita dicop sebagai pengganas.
"Ini kerana langkah itu akan meningkatkan lagi semangat persaudaraan yang tinggi sesama Islam. Inilah yang mereka tidak mahu dan berusaha akan terus berusaha untuk menyekat timbulkan persaudaraan sesama Islam di peringkat sejagat," tambah Azam.
Lantaran itu, tegasnya, Abim tidak akan berhenti daripada meneruskan usahanya membantu umat Islam yang memerlukan pertolongan, tidak kira di mana mereka berada.
"Kalau kita berhenti daripada terus berbuat demikian, sebenar itulah yang mereka mahu. Abim tidak akan terjatuh ke dalam perangkap golongan ini," tegas Azam.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.