Msia tidak terima kehadiran tentera Australia bagi perangi keganasan
Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata kehadiran tentera Australia di mana-manapun di rantau ini mungkin menjadikannya sasaran aktiviti keganasan.
Oleh itu, katanya, Malaysia tidak akan menerima kehadiran tentera Australia di negara ini dalam usaha memerangi keganasan di Asia Tenggara.
"Kalau ditempatkan di mana-mana tempat, mereka mungkin menjadi sasaran. Jadi sementara kita sekarang ini aman, (tetapi, dengan kehadiran mereka) mungkin terdedah kepada tindakan keganasan," katanya.
Beliau menyatakan demikian selepas menghadiri mesyuarat Umno Bahagian Kubang Pasu di Kedah, apabila diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Australia John Howard mengenai kemungkinan negara itu menghantar tenteranya ke rantau ini bagi tujuan itu.

Menurut laporan Bernama , Howard membuat kenyataan itu berikutan peristiwa pengeboman di Bali pada 12 Okt yang mengorbankan sekurang-kurangnya 183 orang, sebahagian besarnya rakyat Australia.
Dr M kecewa
Mengenai mesyuarat G-15 yang dijadual 26 hingga 30 Okt ini di Venezeula tetapi terpaksa dibatalkan berikutan cubaan pemberontakan di negara itu, Dr Mahathir melahirkan rasa kecewanya kerana ia membabitkan pakatan negara-negara selatan.
"Saya memang kecewa pasal kita berpendapat ini pakatan negara-negara selatan dan kita dapati kadang-kadang negara-negara selatan ini menghadapi banyak masalah sehingga tak boleh dapat adakan mesyuarat yang penuh kuorum dan sebagainya," katanya.
Mengikut laporan, segelintir kecil tentera Venezeula cuba mengajak rakyat dan tentera negara itu bangun memberontak bagi menggulingkan kerajaan Presiden Hugo Chavez. Bagaimanapun, tentera masih berdiri teguh di belakang beliau.
G-15 yang ditubuhkan pada 1989 dianggotai Algeria, Argentina, Brazil, Chile, Colombia, Mesir, India, Indonesia, Iran, Jamaica, Kenya, Malaysia, Mexico, Nigeria, Peru, Senegal, Sri Lanka, Venezeula dan Zimbabwe. Tahun lalu, mesyuarat G-15 berlangsung di Jakarta.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.