Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kumpulan militan jadikan Malaysia tapak operasi
Diterbitkan:  Jun 15, 2010 4:01 PM
Dikemaskini: 8:08 AM

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengesahkan wujudnya kumpulan militan Islam dan bukan Islam serta golongan yang memperjuangkan ideologi dan fahaman politik negara asal yang menjadikan Malaysia sebagai tapak kegiatan mereka.

counter terrorism soldier malaysia 221203 Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata maklumat risikan mendapati kumpulan itu tidak hanya menjadikan negara ini sebagai tapak operasi tetapi ia turut melibatkan pertukaran transaksi kewangan dan maklumat dan menubuhkan kumpulan.

"Kumpulan-kumpulan militan ini, bukan sahaja terlibat dengan agama Islam, tapi juga yang bukan Islam pun ada dan ada juga yang memperjuangkan ideologi dan politik negara asal mereka.

"Kadang-kadang mereka menggunakan negara ini sebagai pangkalan sama ada untuk pertukaran transaksi kewangan, untuk bertukar-tukar maklumat atau menubuhkan kumpulan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

terrorist terror asia militants Beliau berkata kumpulan militan itu juga dikatakan tidak hanya fokus dalam merekrut pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan sebagai anggota mereka malah ia turut melibatkan pelbagai pihak.

    

Justeru, katanya, KDN kini giat menjalin kerjasama dengan pelbagai agensi keselamatan termasuk Kastam Diraja Malaysia dan agensi perisikan antarabangsa dalam berkongsi data-data kemasukan warga asing ke negara ini dan pergerakan mereka bagi membendung kegiatan yang boleh mengancam keselamatan negara dan rantau ini.

"Kita juga menjalinkan hubungan dengan badan-badan perisikan dan keselamatan antarabangsa dari negara yang mempunyai hubungan rapat dengan kita bagi membanteras kegiatan ini.

"I NONE ni adalah fenomena antarabangsa dan ancaman ini melibatkan jaringan di seluruh dunia dan ini adalah perkara yang kita tidak boleh kompromi," katanya.

Ditanya mengenai penglibatan kumpulan Jemaah Islamiah (JI) dalam merekrut pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dan remaja tempatan untuk menyertai kumpulan itu, beliau berkata ia bukan perkara baru.

"Laporan itu bukan perkara baru, tapi apa yang dibimbangi perkara ini ia melibatkan jenayah yang merentasi sempadan iaitu ancaman yang kita tak boleh lihat ia sebagai perkara kecil.

"Namun kami akan terus melaksanakan tanggungjawab kami bagi memastikan keadaan dan rakyat adalah selamat, " katanya.

    

jemaah islamiyah tv confession 050404 Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dilaporkan berkata kumpulan Jemaah Islamiah (JI) warga asing dikesan cuba menghidupkan kembali perjuangan mereka dengan merekrut golongan remaja di negara ini termasuk pelajar IPT.

Perkara itu terbongkar ekoran penahanan 10 anggota JI sejak awal tahun ini dan mereka telahpun diusir.

Musa juga dilaporkan berkata bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan kehadiran beberapa pemimpin kanan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang cuba menjadikan negara ini sebagai tempat perlindungan dan pangkalan logistik mereka.

- Bernama

ADS