Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata tidak terdapat percanggahan mengenai kedudukan ekuiti bumiputera dalam Model Baru Ekonomi dan Rancangan Malaysia ke-10 dengan laporan yang dikeluarkan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) seperti yang didakwa pihak tertentu.

bumiputera equity and money "Tiada sebarang konflik. Kena faham. Laporan oleh MTEN adalah laporan mereka tetapi pembentangan yang saya buat di Dewan Rakyat adalah pendirian kerajaan," katanya.

Najib, yang juga Pengerusi BN, diminta mengulas dakwaan pembangkang kononnya terdapat percanggahan antara pembentangan RMK-10 dengan laporan MTEN mengenai kedudukan sebenar ekuiti 30 peratus bumiputera.

Menurut beliau lagi, dasar afirmatif juga tidak akan dihapuskan dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

"Saya tidak menjanjikan tindakan affirmatif akan dihapuskan. Itu salah tanggapan. Apa yang saya kata bahawa tindakan affirmatif akan dilaksanakan dengan cara yang lebih mesra pasaran dan berdasarkan merit, lebih daripada cara dan kaedah dulu," katanya .

NONE Najib berkata  pandangan bahawa dasar tersebut akan dihapuskan adalah satu tanggapan yang salah.

" Affirmative action itu akan dijalankan dengan lebih mesra pasaran dan berasaskan merit," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi BN lewat malam ini.

"Apa yang saya kata bahawa affirmative action akan dilaksanakan dengan cara yang lebih mesra pasaran dan juga berdasarkan merit, lebih kepada cara dan kaedah.

"Kita juga beri tumpuan kepasa pendapatan 40 peratus pendapatan seisi rumah ke bawah yang menjangkau semua kaum.

"Dan kita juga beri tumpuan kepadsa peranan faktor swastra yang sudah tentu akan menolong semua pihak dalam membangun negara kita.

azlan Beliau membuat penjelasan itu ketika ditanya apabila timbul pertikaian bahawa kandungan pembentangan itu tidak selari dengan Model Baru Ekonomi yang diumumkan Mac lalu.

"Tidak ada konflik. Pertama kita kena faham laporan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara merupakan laporan yang jelas.

"Tapi pembentangan yang saya buat di parlimen ini merupakan pendirian kerajaan dan susulan daripada ini kita akan beri (ulasan) lanjut lagi terutama sekali 12 NKEA.

"Kita akan huraikan apa yang kita akan lakukan untuk membangunkan 12 NKEA tersebut dan juga subsektor lain yang akan menyubang kepada perkapita yang kita harapkan," katanya lagi.

NONE Sementara itu, Najib juga mengulas  kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh bahawa undang-undang anti lompat parti perlu digubal dan diperkenalkan.

"Baru sekarang bunyi, masa dia curi orang kita dia tak bunyi," katanya.

Beliau mengulas komen daripada pengerusi nasional DAP itu berhubung tindakan wakil rakyat Malim Nawar yang keluar parti.