Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Keenganan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membekalkan borang pendaftaran pengundi baru yang mencukupi kepada parti-parti politik mungkin bertujuan mengehadkan pengundi muda, dakwa ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

NONE Sebagai contoh katanya, hanya 6,000 borang diperuntukkan kepada SPR Selangor bagi memenuhi tuntutan kira-kira 2 juta pengundi yang masih belum mendaftar di negeri itu.

"Kami diberitahu oleh pihak SPR Selangor bahawa awal bulan ini, mereka kekurangan borang, SPR Pusat hanya membekalkan 6,000 borang kepada Selangor dan hanya 1,000 borang sahaja diperuntukkan kepada parti-parti politik untuk diedarkan kepada kepada penolong pendaftar parti-parti politik," kata Pua di lobi parlimen, hari ini.

Memburukkan lagi keadaan, SPR hanya membenarkan satu penolong pendaftar bagi setiap parti di setiap kerusi parlimen dan mereka pula dihadkan mengambil tidak lebih 50 borang pada setiap kali lawatan ke pejabat SPR.

hulu selangor by-election voting day 250410 voting "Kita rasa jumlah borang yang disediakan ini amat-amat kurang kerana dalam setiap kempen, pendaftaran pengundi baru yang kita adakan di Selangor yang besar, kita dapat sekurang-kurangnya 300-500 pengudi baru

“Kalau seribu borang sahaja yang diperuntukkan kepada bulan Jun kepada semua parti politik termasuk parti politik Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, ini merupakan jumlah yang jelas tidak mencukupi," kata Pua.

Katanya, ada juga penolong pendaftar yang mengadu, langsung tidak mendapat apa-apa borang kerana dikatakan borang telah habis.

[Baca berita penuh]

ADS