Pemboikotan penjualan barangan runcit oleh Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia yang dijadualkan bermula hari ini telah dibatalkan berikutan perbincangan kumpulan berkenaan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

malaysian chinese community people 170807 sundry shop Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata lesen runcit barangan kawalan itu yang mendapat tentangan hebat itu akan kini digabung dengan lesen lain yang dikeluarkan oleh kementeriannya.

"Semua lesen menjual barang kawalan akan diseragamkan menjadi satu lesen, maka peniaga hanya perlu memohon satu lesen saja menjual barang kawalan.

"Untuk memudahkan perkara, sebarang lesen di bawah kementerian ini akan digabung menjadi satu lesen. Persekutuan bersetuju dengan cadangan ini dan memutuskan untuk mengakhiri boikot  mereka,” kata Ismail pada sidang media di lobi parlimen.

Turut hadir, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek; Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, dan Presiden Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia, Lean Hing Chuan.

Mereka sebelum itu mengadakan perbincangan berhubung isu penjualan bekalan gula bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, selama kira-kira 40 minit. 

Selar sundry shop kedai runcit 250907 01 as dengan itu, Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia bersetuju membatalkan boikot menjual barangan kawalan selepas mereka bersetuju dengan keputusan kerajaan melonggarkan syarat lesen menjual barang kawalan berkenaan.

Minggu lalu, persekutuan itu mahu melancarkan boikot penjualan gula bermula semalam kerana tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan mengenakan lesen bagi menjual gula dengan alasan dibebani pelbagai syarat lesen bagi menjual barang kawalan lain.

Sebelum ini, lesen menjual tiga barang kawalan terbabit perlu diperoleh daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan manakala lesen untuk menjual beras daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. 

rice paddy padi beras from thailand in malaysia 190307 Ismail Sabri berkata, beliau bersama Liow yang juga Menteri Kesihatan, akan membangkitkan keputusan itu dalam mesyuarat Kabinet untuk membolehkan semua lesen penjualan barang kawalan diseragamkan.

"Saya juga akan berbincang dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi mempermudahkan permohonan lesen penjualan barang seperti alkohol, pemadam api kebakaran dan signboard yang berada di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan," katanya.

Sementara itu, Lean berkata pihaknya berpuas hati dengan keputusan kerajaan yang dianggap amat memahami masalah yang ditanggung peruncit.

"Ka sundry shops kedai runcit everyday goods 250907 aisles mi dengan ini menarik balik keputusan untuk memboikot menjual barang kawalan selepas kerajaan sudi mendengar dan menerima masalah yang dibangkitkan," katanya.

Peruncit juga menjelaskan bahawa keputusan mereka bukannya sebagai membantah pelaksanaan lesen barang kawalan oleh kerajaan tetapi kerana keuntungan yang tidak setimpal.

Mereka mendakwa keuntungan setiap satu kilogram gula yang diterima adalah tiga sen, 20 sen bagi setiap lima kilogram minyak masak manakala tiga sen bagi setiap kilogram tepung gandum.

[Baca berita penuh]