Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bancian: 71 peratus mahu pilihan raya tempatan
Diterbitkan:  Jun 16, 2010 4:28 PM
Dikemaskini: 11:55 AM

Sebahagian besar rakyat di negara menyokong supaya pilihan raya kerajaan tempatan diadakan semula meskipun sebahagian daripada mereka sebenarnya tidak mengetahui atau memahami apa yang dimaksudkan itu.

local government merdeka centre 160610 Kajian yang dijalankan oleh Merdeka Centre bulan lalu mendapati 71 peratus daripada mereka yang dibanci itu berkata mereka mahu pilihan raya kerajaan tempatan diadakan semula.

Sebahagian besar daripada mereka adalah masyarakat Cina - 75 peratus, diikuti dengan India - 71 peratus dan Melayu - 68 peratus.

“Bagaimanpun kajian yang sama mendapati hampir separuh daripada responden (45 peratus) yang benar-benar memahami apa yang dimaksudkan dengan pilihan raya kerajaan tempatan,” kata bancian itu.

local government merdeka centre 160610 Kenyataan ini ketara khususnya di kalangan generasi muda. Menurut  Merdeka Centre, lebih separuh daripada mereka atau 55 peratus responden - mereka yang berusia 61 dan ke atas - mengakui mereka tahu mengenai pilihan raya tempatan.

Ini kemungkinan berlaku kerana pilihan raya kerajaan tempatan yang terakhir di Malaysia dijalankan pada 1964.

“Kumpulan golongan muda mencatatkan pemahaman yang paling rendah - hanya 37 peratus yang memahaminya,” kata kajian itu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS