Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menghadap Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra di Istana Mahkota di Kota Bharu.

NONE Perdana Menteri yang diiringi beberapa menteri termasuk Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed tiba di perkarangan Istana Mahkota jam 1.15 tengah hari.

Perdana Menteri berada di Istana Mahkota kira-kira sejam dan turut menghadap Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Najib juga dijadualkan menghadap Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra pada 6 petang di Istana Negeri, Kubang Kerian, di Kota Bharu.

Tuanku Ismail Petra dibawa pulang ke Kelantan pada 4 Mac lalu selepas menjalani rawatan akibat masalah jantung di Hospital Mount Elizabeth, Singapura sejak Mei tahun lalu.

Pada 4 Mei lalu, baginda dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk rawatan susulan.

- Bernama