Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kerajaan tidak terlibat dalam penubuhan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

nazri abdul aziz PERKASA merupakan sebuah NGO dan tidak ada kena mengena dengan kerajaan Malaysia, jelasnya dalam satu jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

"Hal ini tidak ada kaitan dengan persoalan sama ada kerajaan mampu membela nasib orang Melayu atau tidak kerana Malaysia adalah kerajaan untuk semua dan akan membela nasib setiap rakyat Malaysia," katanya.

Soalan daripada Amran Abdul Ghani (PKR - Tanah Merah) itu timbul berikutan liputan meluas terhadap aktiviti PERKASA, khususnya tumpuan pertubuhan itu ke atas isu-isu melibatkan kepentingan Melayu.

Amran dalam soalannya meminta kerajaan menjelaskan sama ada ia tidak lagi mampu mempertahankan kepentingan Melayu.

NONE Beliau turut meminta kerajaan menjelaskan sejauh mana penglibatan kerajaan dalam penubuhan PERKASA.

Persoalan itu timbul berikutan liputan meluas terhadap aktiviti pertubuhan tersebut, yang turut disertai pemimpin BN termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib hadir di satu kongres PERKASA di ibu negara dan turut menyampaikan ucapan penutup di program tersebut pada 29 Mei lalu.

Tindakan Najib yang hadir ke majlis itu turut menimbulkan keresahan di kalangan parti komponen BN, termasuk MCA yang sering bertegang leher dengan PERKASA berhubung isu melibatkan kepentingan Melayu dan Cina.

ADS