Gigit polis: Nasib Tian Chua diketahui hari ini
Ahli parlimen Batu, Tian Chua akan mengetahui nasibnya berhubung rayuan yang dikemukakannya kerana menghalang anggota polis menjalankan tugas.
Hakim Ghazali Cha akan mengumumkan keputusannya petang ini selepas mendengar hujah daripada peguam Amer Hamzah Arshad dan Ranjit Singh.
Pihak
pendakwaan yang diketuai oleh timbalan pendakwaraya Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yusof, sebelum itu berhujah bahawa keputusan sepatutnya dikekalkan.
Pada 22 Oktober lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke Tian Chua, yang nama penuhnya Chua Tian Chang selepas mendapatinya bersalah terhadap tuduhan menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya daripada menjalankan tugas.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut untuk membolehkan Tian Chua membuat rayuan.
Tian Chua, 46, didakwa mencederakan konstabel Rosyaidi Anuar, 21, di depan bangunan Parlimen pada jam 10.45 pagi 11 Disember 2007.
Rosyaidi bertugas dengan Bahagian Narkotik Ibupejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur.
[Berita penuh menyusul]

