Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pelebaran jalan, tembok penjara Pudu diroboh
Diterbitkan:  Jun 17, 2010 5:22 PM
Dikemaskini: 9:30 AM

Tembok Penjara Pudu sepanjang 300 meter akan dirobohkan bagi membolehkan kerja pelebaran dan laluan bawah tanah Jalan Pudu dilakukan, bermula 20 hingga 23 Jun ini.

pudu jail prison 290508 Pembinaan laluan bawah tanah ini merupakan alternatif yang menghubungkan Jalan Pudu Raya ke Cheras dan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang sering berlaku di Jalan Hang Tuah.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail berkata pembinaan ini memberi keutamaan kepada pengguna jalan raya walaupun melibatkan khazanah negara.

"Setiap hari kita berhadapan dengan masalah kerana tembok ini, sampai ke pejabat pun lambat, maka ini adalah hanya satu perkara yang mana menjadi keutamaan kepada DBK dan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan sekitar Penjara Pudu dan Taman Shamelin Perkasa hari ini.

pudu jail prison 290508 Kerja pembinaan laluan bawah tanah akan dilaksanakan berperingkat-peringkat dan keseluruhan projek dijangka siap pada Disember 2012.

Sementara itu, projek pembinaan jejambat antara Taman Maluri dan Taman Shamelin yang dijalankan kontraktor Tetuan Sharqiah Holdings Sdn Bhd merupakan usaha kerajaan dalam menangani masalah lalu lintas di Kuala Lumpur.

Projek yang menelan belanja RM59.5 juta itu akan menyediakan hubungan terus antara Taman Maluri dan Taman Shamelin Perkasa dan dapat memendekkan jarak perjalanan antara kedua-dua taman berkenaan.

Pembinaan projek itu dilaksanakan pada Mac tahun lalu dan dijadual siap pada Mac 2012.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS