Puteri Umno tidak hirau tohmahan terhadap Azalina
Dakwaan bertubi-tubi yang dilemparkan oleh kumpulan penentang ketua penaja Puteri Umno, Azalina Othman Said tidak langsung menjejaskan semangat ahli-ahli pergerakan itu menjelang hari pemilihan sulungnya Jumaat ini, kata bendaharinya, Norzalizah Alias.
Sebaliknya, kata beliau lebih 90,000 pergerakan itu sedar bahawa segala tohmahan terhadap Azalina "hanyalah merupakan cubaan untuk membunuh karier politik" peguam syariah berusia 38 tahun itu.
Malahan, katanya, ahli pergerakan itu semakin bersemangat untuk membuktikan kejujuran perjuangan mereka bagi menafikan segala tohmahan terhadap pemimpin mereka.
"Sekirannya mereka ikhlas, segala dakwaan hendaklah dibuat lebih awal lagi dan bukanlah ketika di ambang pemilihan barisan kepimpinan Puteri Umno," katanya ketika dihubungi malaysiakini hari ini.
Sambil menyifatkan dakwaan itu didorong oleh rasa kekecewaan, Norzalizah berkata, kumpulan terbabit sepatutnya meminta penjelasan terlebih dahulu untuk mengetahui keadaan sebenarnya.
"Nampaknya mereka ini tidak faham, malah tidak cuba memahami keadaan," katanya.

Laporan polis
Setakat ini, beberapa ahli Puteri Umno dan ahli Umno yang menentang Azalina, telah membuat pelbagai kenyataan yang mempersoalkan kredibiliti beliau.
Sebagai contoh, Elly Zalilah Yusof, telah membuat laporan polis berhubung dakwaan berlakunya penyalahgunaan kuasa oleh Azalina. Laporan yang sama juga dibuat kepada jawatankuasa disiplin Umno.
Antara lain, Elly telah mempersoalkan tindakan Azalina mendaftar empat van Puteri Umno atas nama orang yang tiada kaitan dengan pergerakan itu.
Dalam laporannya, Elly juga mendakwa berlakunya penyelewengan dalam kutipan untuk tabung derma pelarian Afghanistan dan wujudnya tiga akaun berasingan dan dua kad keahlian.
Terbaru, Elly dan Ummi Hafilda Ali yang gagal mendapat pencalonan untuk pertandingan jawatan tertinggi Puteri Umno bercadang untuk membuat laporan polis mengenai kegiatan tidak bermoral Azalina yang didakwa mereka seorang lesbian.
"Biar apa pun tohmahan terhadap ketua Puteri Umno, ahli-ahli akar umbi boleh membuat penilaian mereka sendiri."
Tidak terpedaya
"Malahan, sokongan padu dari kesemua 165 bahagian yang mencalonkan Azalina membuktikan mereka tidak terpedaya dengan usaha-usaha untuk menjatuhkan beliau," ujar Norzalizah.
Katanya, mandat yang diberikan oleh ahli pergerakan itu kepada Azalina untuk menerajui Puteri Umno membuktikan mereka mengiktiraf kebolehan beliau memimpin.
"Mereka boleh mendakwa apa yang mereka suka, tetapi biarlah polis yang menyiasat dakwaan itu, sama ada tuduhan tersebut berasas ataupun tidak," tambahnya.
Menurutnya, Azalina mempunyai jawapan terhadap setiap dakwaan terhadapnya tetapi tidak mahu melayannya kerana tataetika parti yang tidak membenarkan sebarang kenyataan media dibuat ketika pencalonan.
Norzalizah berkata, sayap termuda Umno juga telah bersedia untuk memfokuskan usaha-usaha memperkuatkan sokongan umum kepada parti dan Barisan Nasional (BN), sejajar dengan tujuan penubuhannya, sebaik sahaja selesai pemilihan Jumaat ini.
Sebanyak 22 jawatan dalam jawatankuasa Puteri Umno akan dipertandingkan Jumaat ini. Azalina dan Noraini Ahmad, masing-masing memenangi jawatan ketua dan naib ketua Puteri Umno tanpa bertanding.
Tarik wanita Melayu
Puteri Umno ditubuhkan hampir dua tahun lalu untuk menarik wanita muda Melayu menyertai Umno.
Bagaimanapun, ia mula bergolak awal tahun ini dengan pemecatan beberapa orang exconya yang sehingga menimbulkan pelbagai dakwaan, termasuk salahlaku seks, terhadap Azalina.
Dakwaan bahawa Azalina seorang lesbian, telah disiarkan oleh tabloid
Perdana Sari
milik penulis kontroversi Khalid Jaffri yang pernah menulis buku "
50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Menjadi Perdana Menteri
".
Laporan itu mendakwa Azalina telah menyalahgunakan RM300,000 wang Puteri Umno untuk menghadiahkan kereta mewah kepada "kekasihnya".
Sehingga hari ini, Azalina masih belum menafikan dakwaan itu mahupun mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis berkenaan.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.