Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Cadangan MB S'gor bangun Kg Baru dipersoal
Diterbitkan:  Jun 24, 2010 5:00 PM
Dikemaskini: 9:08 AM

Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar hari ini mempersoal hasrat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang ingin mengemukakan cadangan pembangunan semula Kampung Baru meskipun kawasan itu tidak terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

NONE Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata kenapa cadangan berkenaan yang menurut Khalid pernah dikemukakan 15 tahun lalu semasa menjadi ketua pengawai eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) tidak dilaksanakan.

"Semua orang boleh nak buat macam-macam cadangan...tetapi untuk dilaksanakan bukan mudah. Kenapa dia (Khalid) tak kemukakan rancangan itu 15 tahun lalu kenapa sekarang, mungkin pada masa itu tidak ada sebab politik untuk dibangkitkan...," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Khidmat Cemerlang kementerian di Putrajaya  hari ini.

Semalam, Menteri Besar Selangor itu berhasrat mengemukakan cadangan pembangunan semula Kampung Baru memandangkan beliau telah merangka beberapa alternatif kepada kerajaan pusat berhubung pembangunan semula kampung berkenaan 15 tahun lalu.

kampung baru Cadangan berkenaan dikatakan mengambil kira semua isu yang terlibat terutama hak milik kekal orang Melayu, masalah pembahagian tanah serta mewujudkan pembangunan yang setaraf dengan kawasan berdekatan.

Raja Nong Chik berkata, cadangan yang dikemukakan Khalid pada masa itu juga mungkin tidak lagi sesuai untuk dilaksanakan pada masa sekarang.

"Kalau dia dah buat lebih awal segala cadangan mengenai perkara itu, tak payahlah kerajaan nak susah-susah sekarang...kenapa sekarang baru nak sibuk.

"Adalah lebih baik jika beliau tunaikan apa yang telah dijanjikan di Selangor dahulu kerana apa yang dia (Khalid) janjikan di Selangor pun belum ditunaikan," katanya.

Raja Nong Chik berkata tindakan untuk mengemukakan semula cadangan itu seolah-olah sengaja cuba untuk mengelirukan penduduk di Kampung Baru.

- Bernama

ADS