Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jenazah pelajar RMC yang didera dikebumikan
Diterbitkan:  Jun 25, 2010 9:50 AM
Dikemaskini: 4:30 AM

Jenazah pelajar Maktab Tentera Diraja (RMC) Sungai Besi, Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, yang meninggal dunia awal pagi semalam dipercayai dibuli dan didera pelajar senior maktab itu, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Baru, Siong di Baling, malam tadi.

NONE Jenazah pelajar itu tiba di rumah keluarga bapanya di Kampung Baru jam 8.15 malam dari Pulau Pinang dan dikebumikan pada pukul 9.15 malam.

Urusan sembahyang jenazah dilakukan di rumah keluarga berkenaan.

Ibu mangsa Fauziah Abd Wahab, 45, beberapa kali pengsan sebaik mayat anak sulung dari tiga beradik itu tiba dengan van jenazah di rumah mereka.

Sem NONE entara itu, bapa saudara pelajar berkenaan, Fadzil Ismail, 41, ketika ditemui media berkata keluarga mereka menyerahkan kes itu kepada polis untuk siasatan lanjut.

Beliau yang bercakap bagi pihak keluarga berkenaan berkata mereka tidak dimaklumkan kejadian sebenar yang berlaku terhadap Mohammad Naim.

"Kami tidak mahu membuat sebarang andaian, sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis untuk bertindak dan menyiasat apa yang berlaku," katanya.

- Bernama

   

ADS