Polis akan panggil Azalina dan kekasihnya beri keterangan
Ketua Puteri Umno Azalina Othman Said akan dipanggil memberi keterangan dalam siasatan polis mengenai dakwaan salahlaku seks terhadap dirinya.
Malaysiakini
dimaklumkan Azalina akan dipanggil dalam jangkamasa terdekat ini setelah saksi-saksi lain selesai memberi keterangan mereka di Ibupejabat Polis Kuala Lumpur (IPKKL).
Adalah difahamkan'kekasih' Azalina yang merupakan isteri kepada seorang ahli perniagaan terkenal, juga akan turut dipanggil memberi keterangan berhubung dakwaan yang pemimpin sayap termuda Umno itu adalah seorang lesbian.
Semalam, akhbar Utusan Malaysia melaporkan polis telah mengambil keterangan daripada beberapa ahli Puteri Umno, termasuk Ummi Hafilda Ali.
Menurut laporan akhbar berkenaan, turut dipanggil memberi keterangan ialah bekas ketua penerangan Puteri Umno Mastina Abdul Hamid, bekas setiausaha kerja Puteri, Maz Ayu Mahadi, ahli Puteri Umno Elly Zalilah Yusof dan bekas exco Erma Fatima.
Ketika dihubungi hari ini, sumber polis mengesahkan bahawa Azalina masih belum memberi keterangan bagi membantu siasatan polis terhadap dakwaan yang beliau seorang lesbian.

Pita rakaman
"Tunggulah... masanya (Azalina) belum lagi," kata sumber itu yang enggan mengulas lanjut.
Pita rakaman itu dikatakan kini berada dalam tangan seorang pemimpin tinggi Umno.
Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, ketika berucap di Perhimpunan Agung Puteri Umno 2002 Jumaat lalu, mengingatkan bahawa "seseorang itu tidak boleh dianggap bersalah sehingga dibuktikan bersalah".
Beliau yang kesal dengan pergeseran dalam sayap termuda parti itu bagaimanapun menegaskan bahawa Umno tidak sama sekali akan membiarkan "penjenayah" terus berada di dalam parti tanpa menjalani hukuman.
Tindakan tegas
Sebelum ini, beliau menegaskan bahawa Umno berpendirian jelas mengenai kegiatan homoseks dan lesbian, iaitu pemimpin yang terlibat akan diambil tindakan tegas.
Azalina, yang memenangi jawatan Ketua Puteri Umno tanpa bertanding (setelah kesemua pencabarnya gagal mendapat sebarang pencalonan), telah disahkan jawatannya di dalam Jumaat lalu.
Pada 11 Sept lalu, Elly Zalilah Yusof, yang merupakan bekas pembantu Azalina, telah membuat laporan polis, mendakwa Azalina telah menyalahgunakan kuasanya sebagai ketua penaga Puteri Umno.
Dalam laporan itu, Elly mendakwa Azalina melakukan penyalahgunaan kuasa itu melalui pendaftaran empat van Puteri Umno, atas nama individu yang tidak ada kaitan dengan pergerakan itu.
Elly kemudiannya membuat laporan yang sama kepada jawatankuasa disiplin Umno.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.