Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mesti mengutip cukai secara terus daripada Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) memandangkan syarikat itu memiliki aset bernilai RM932.59 juta bagi tahun kewangan yang berakhir pada 2008, kata ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

NONE "Jumlah tersebut lebih daripada cukup untuk LHDN menuntut wang berkenaan tanpa perlu melalui Lembaga Pelabuhan Klang (PKA)," katanya kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.

Pua menggesa LHDN menuntut segera RM328.4 juta daripada KDSB kerana PKA bertegas bahawa ia  tidak berhutang apa-apa kepada syarikat berkenaan, dan obligasinya hanyalah kepada pemegang bon.

Beliau juga mempersoalkan bagaimana KDSB yang berhutang cukai korporat selama 13 tahun, masih boleh beroperasi, malah turut memperolehi kontrak kerajaan.

"Jumlah tersebut bukan kecil Mengapa mereka masih dibenar meneruskan perniagaan selama 13 tahun, tanpa perlu membayar cukai tertunggak?".

azlan Pua merujuk kepada The Edge Financial yang melaporkan bahawa KDSB berhutang cukai kepada LHDN untuk tempoh 1997-1998.

"Kita tahu bahawa IRB sangat efisien dalam memastikan setiap syarikat membayar cukai Mengapa mereka (KDSB) dibenarkan untuk meneruskan (perniagaan) selama 13 tahun tanpa membayar cukai?".

Rabu lalu, LHDN mengarahkan PKA menghentikan bayaran kepada KDSB dan sebaliknya membayar RM328.4 juta kepadanya, yang didakwa jumlah cukai tertunggak KDSB kepada LHDN.

[Baca berita penuh]

ADS