Usaha Puteri Umno pancing bakal graduan tidak bimbangkan pembangkang
Parti pembangkang tidak perlu bimbang dengan sebarang usaha parti-parti kerajaan, khususnya Puteri Umno untuk menyerap masuk ke institusi pengajian tinggi, kata naib presiden PAS, Datuk Dr Hassan Ali.
"Sebenarnya, strategi yang hendak digunakan oleh Puteri Umno itu adalah cara biasa yang digunakan oleh mana-mana parti politik yang berusaha menyerap masuk ke universiti," katanya.
Bagaimanapun, katanya, usaha sayap termuda Umno itu akan diperhatikan oleh "mata dan telinga" parti pembangkang di kampus bagi memastikan mereka tidak melanggar peraturan sedia ada.
Buat masa ini, pelajar universiti tidak dibenarkan terlibat secara aktif dalam politik kerana tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).
"Malahan, sekiranya Puteri Umno dibenarkan menggunakan cara ini, parti pembangkang juga boleh menggunakan cara yang sama," katanya ketika dihubungi malaysiakini hari ini.
Mengenai perlantikan anak timbalan perdana menteri Nori Abdullah menganggotai exco Puteri Umno, Dr Hassan berpendapat ia boleh mengheret Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terbabit dengan masalah dalam pergerakan itu, selagi ianya belum selesai.

Kebenaran universiti
Puteri Umno kini dilanda pelbagai masalah apabila beberapa bekas exconya yang diberhentikan sebelum ini, telah membuat laporan polis yang mendakwa Azalina seorang lesbian dan menyalahguna kuasanya sebagai ketua pergerakan itu.
Bagaimanapun, Dr Hassan berkata, beliau menghormati hak perlantikan Azalina untuk memilih sesiapa yang dirasakan layak menerajui pergerakan itu.
Sementara itu, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Datuk Suhaimi Ibrahim berpendapat tiada menjadi halangan bagi mana-mana pergerakan politik menjalankan aktiviti di kampus selagi ia tidak bertentangan dengan Auku serta mendapat kelulusan pihak universiti.
Mengulas mengenai perlantikan Nori, Suhaimi berkata beliau yakin tanggungjawab tersebut diberikan kepada seseorang yang benar-benar berkebolehan.
"Saya pasti beliau merupakan seorang yang berkarisma dan bukannya dilantik berasaskan latarbelakang beliau sebagai anak kepada timbalan perdana menteri," jelas Suhaimi.
Semalam, Azalina memberitahu media bahawa Nori dilantik berasaskan kemampuannya sebagai seorang penyelidik di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) dan tidak bertujuan untuk mendapatkan faedah dari bapanya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Bagaimanapun, beberapa pemerhati politik berpendapat perlantikan Nori jelas menggambarkan usaha Azalina untuk mengambil hati Abdullah, yang juga Menteri Dalam Negeri.
Ia juga dilihat sebagai usaha untuk memudahkan Puteri Umno bertapak di pusat pengajian tinggi bagi membolehkan pergerakan yang berusia dua tahun itu terus berkembang dan memancing keahlian dari bakal graduan.