Usaha ahli parlimen Teresa Kok (DAP-Seputeh) untuk mengheret Menter Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen ke jawatankuasa hak dan keistimewaan parlimen kerana mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan berhubung kos pembinaan Astaka Pavilion Malaysia di Ekspo Sedunia Shanghai, Mei lalu berakhir dengan kegagalan.

NONE Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata dia tidak melihat jawapan menteri itu sebagai percubaan menipu Dewan Rakyat.

"Pada pandangan saya, menteri itu sama ada cuai atau tidak merujuk kepada pegawainya seperti apa yang belaku semalam,” kata Pandikar yang merujuk kepada permohonan maaf Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berhubung percanggahannya mengenai bangunan baru Parlimen.

Sebelum ini, dalam kenyataannya semalam Ng memberitahu Dewan Rakyat sebanyak RM20 juta digunakan untuk menampung kos keseluruhan pameran di China tersebut.

NONE Teresa berkata pada jawapan bertulis menteri itu kepada ahli parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan pada 15 Jun, Ng berkata, kos keseluruhan pameran mega itu adalah RM35 juta.

"Di mana yang betul, dalam tempoh dua minggu, kita mendapati seorang menteri mengeluarkan angka perbezaan sebegini," katanya di lobi parlimen.

Beliau turut menyuarakan rasa kecewa dengan Pandikar kerana mengetepikan usul yang dibuatnya.

Katanya, menggunakan peraturan mesyuarat 36(12), sepatutnya beliau diberikan hak untuk merujuk Ng pada jawatankuasa berwajib.

"Saya bercakap ada asas dan fakta, saya tidak berniat menghina Dewan Rakyat yang mulia apabila merujuk menteri itu pada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen," katanya.