Isu BI: Pemuda Umno dan GPMS kecam Dong Jiao Zong
Pemuda Umno hari ini mengecam pergerakan pendidikan Cina, Dong Jiao Zong (DJZ) yang dianggapnya tidak menghormati keputusan yang dipersetujui bersama oleh parti komponen Barisan Nasional (BN), termasuk yang mewakili kaum Tionghua, berhubung pengajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris.
Ketua Penerangannya, Azimi Daim, berkata kerajaan tidak seharusnya merasa tertekan dengan kenyataan DJZ itu kerana keputusan berhubung isu itu telah dibuat secara telus melalui perbincangan yang membabitkan pemimpin semua kaum.
DJZ, dalam kenyataannya semalam, membantah keras formula yang telah diputuskan oleh Dewan Tertinggi BN yang bermesyuarat mengenai perkara itu pada 31 Okt lalu.
Presiden Dong Zong, Quek Suan Hiang mendakwa bahawa keputusan tersebut tidak menyebelahi bahasa Cina.
"Pemuda Umno berpendapat DJZ mempunyai agenda tersendiri kerana kaum Tionghua telahpun memberikan mandat kepada parti-parti tertentu untuk menyuarakan pandangan mereka," kata Azimi ketika dihubungi malaysiakini .
"Walaupun mereka bebas menyuarakan pandangan, Pemuda Umno tidak mahu DJZ menjadi penghalang kepada pelaksanaan dasar pendidikan yang boleh membawa kebaikan kepada semua rakyat di negara ini," katanya.

Jangan layan
Azimi menegaskan bahawa Pemuda Umno juga berpendapat DJZ bukanlah badan yang mewakili kaum Cina secara menyeluruh, sepertimana parti MCA, Gerakan, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sabah (SAPP) dan Parti Liberal Demokratik (LDP).
"Oleh itu, kami berharap agar DJZ tidak terus memanipulasikan isu ini semata-mata untuk mempertahankan kepentingan pihak-pihak tertentu," kata Azimi.
Sementara itu, presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Suhaimi Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan tidak perlu sama sekali melayan kerenah DJZ.
"Apa yang mereka bangkit semalam jelas membelakangkan keputusan kerajaan dan seterusnya berbaur hasutan," kata Suhaimi yang turut melahirkan rasa kecewanya dengan sikap DJZ itu.
Katanya, kerajaan telah bekerja keras untuk memikir satu formula yang terbaik untuk menjamin kecermelangan masa depan negara dan kini ada pula pihak yang tidak berpuas hati.
"Sebenarnya, pandangan mereka tetap diambil kira oleh kerajaan melalui apa yang telah disuarakan melalui media," kata Suhaimi sambil menafikan sama sekali pandangan DJZ bahawa kerajaan berhasrat menghapuskan bahasa Cina di negara ini.
Keputusan kerajaan
"GPMS berharap perkara ini tidak lagi dibangkit oleh mereka pada masa hadapan demi perpaduan negara," tambahnya.
Semalam, Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Persekutuan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), yang kedua-duanya dikenali sebagai DJZ, telah mengeluarkan kenyataan empat muka surat membantah keputusan kerajaan itu.
DJZ menegaskan bahawa masa depan bahasa Cina akan terjejas apabila bahasa itu tidak lagi digunakan bagi matapelajaran Sains dan Matematik di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) menjelang tahun 2008, apabila digantikan sepenuhnya dengan bahasa Inggeris.
Pergerakan yang berpusat di Kajang itu juga beranggapan bahawa keputusan kerajaan untuk melaksanakan formula baru pendidikan itu bukan sahaja menafikan status pendidikan bahasa ibunda pelbagai kaum, malahan turut meminggirkan penggunaan bahasa ibunda dalam bidang Sains dan Matematik.
Selain itu, mereka juga turut menyifatkan formula '2-4-3' yang diputuskan semasa mensyuarat BN lalu sebagai bertentangan dengan norma pendidikan.
Formula itu mencadangkan agar pelajar tahun satu di SJKC diajar dua waktu matapelajaran Bahasa Inggeris, empat waktu Matematik dalam bahasa Inggeris dan tiga waktu Sains dalam bahasa Inggeris bermula tahun depan.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.