Muhd Taib: Tak mustahil pemilihan Umno sebelum pilihanraya umum
Naib Presiden Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib tidak menolak kemungkinan pemilihan pucuk pimpinan Umno diadakan sebelum pilihanraya umum akan datang sekiranya majlis tertinggi parti itu yakin ianya boleh dilakukan tanpa menjejaskan perpaduan parti.
Malah, katanya, jika pertandingan untuk memilih pucuk pimpinan parti dapat diadakan secara licin dan teratur tanpa menjejaskan perpaduan, Umno akan muncul sebagai parti yang lebih gagah di mata umum dan pembangkang.
Pemilihan pucuk pimpinan Umno dijadualkan berlangsung dalam perhimpunan agung parti itu tahun depan. Bagaimanapun, ada kemungkinan ianya ditangguhkan sehingga selesai pilihanraya umum akan datang.
Perlembagaan Umno membolehkan pemilihan pucuk pimpinan parti pada pertengahan tahun depan ditangguhkan sehingga 18 bulan, manakala pilihanraya umum pula mesti diadakan sebelum November 2004.
Bagaimanapun, pemerhati politik berpendapat piliharanraya umum dijangka diadakan lebih awal, kemungkinan tahun hadapan.
Ketika diminta mengulas laporan akhbar mengenai perkara itu, Muhd Taib berkata Umno belum membincangkan lagi perkara ini.

Penangguhan pemilihan
"Terpulanglah kepada mesyuarat Majlis Tertinggi akan datang sama ada akan membincangkan perkara itu atau tidak. Saya yakin apa jua keputusannya adalah untuk memberikan kelebihan kepada parti," katanya ketika dihubungi malaysiakini hari ini.
Menurutnya, keadaan yang sama pernah dilalui oleh Umno sebelum ini di mana pucuk pimpinan parti telah menangguhkan pemilihan parti sehingga selepas pilihanraya umum.
"Kalau hendak diambil kira pengalaman lalu, nampaknya begitulah (pemilihan selepas pilihanraya umum). Tetapi, terpulanglah kepada Majlis Tertinggi untuk memutuskannya," katanya.
Walau apapun keputusannya nanti, Muhd Taib yakin Umno akan dapat menangani kedua-dua perkara ini dengan baik dan bijaksana.
"Perpaduan di kalangan pemimpin parti pada hari ini amat kukuh dan ini semestinya dapat memberikan kekuatan kepada Umno untuk menghadapi segala cabaran tanpa sebarang masalah.
Bersara
"Saya juga yakin bahawa pemimpin Umno akan akur dengan segala nasihat presiden parti (Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad) untuk memastikan Umno terus cemerlang dalam pilihanraya umum akan datang," tambahnya.
Beliau juga berpendapat bahawa proses peralihan kepimpinan tertinggi yang melibatkan perdana menteri akan berjalan lancar tanpa membawa sebarang perpecahan.
"Atas dasar inilah saya yakin Umno mampu mencatat pencapaian yang lebih baik dalam piliharaya umum nanti," katanya.
Setakat ini, pemilihan pucuk pimpinan Umno bagi jawatan presiden pernah menyaksikan dua kali pertandingan, iaitu di antara Tun Hussein Onn dan Suleiman Palestine (1978 ) dan Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah (1987).
Jun lalu, Dr Mahathir memutuskan beliau akan bersara Oktober tahun depan dan jawatan tertinggi parti dan negara akan diserahkan kepada timbalannya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.