Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
IGP buru individu bersubahat Raja Petra
Diterbitkan:  Jul 6, 2010 4:00 PM
Dikemaskini: 11:35 AM

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberi amaran mana-mana individu yang bersubahat dengan penulis blog Raja Petra Kamaruddin akan ditahan dan didakwa menyembunyikan penjenayah.

Kat NONE anya, polis akan memanggil ahli-ahli politik, pengarang dan wartawan untuk memberi keterangan berhubung maklumat berkaitan Raja Petra. 

Langkah ini diambil selepas polis menerima dua laporan yang difailkan di Petaling Jaya dan Brickfields yang mendakwa pihak tertentu menyembunyikan Raja Petra.

"Mahkamah sahaja yang akan tentukan tindakan undang-undang yang sesuai untuk mendakwa mereka, kita hanya boleh cadangkan sesuatu pertuduhan contohnya kesalahan melindungi pesalah jenayah," katanya.

Menurut Musa, mereka yang terbukti bersubahat menaja dan menyembunyikan Raja Petra boleh dikenakan tindakan mengikut lunas undang-undang bersesuaian jika didapati bersalah.

Katanya, polis tidak boleh bertindak melulu untuk mengambil sebarang kenyataan daripada individu tersebut kerana ia perlu dilakukan mengikut prosuder tertentu.

NONE "Kita tidak boleh pergi ke negara lain dan serang (tahan dan ambil keterangan) mereka macam itu sahaja. Setiap negara ada undang-undang mereka, tapi tidak bermakna sebarang tindakan tidak boleh diambil," katanya.

Musa berkata, walaupun polis antarabangsa (Interpol) telah menolak notis arahan merah yang dikeluarkan PDRM untuk menahan Raja Petra, pihaknya mempunyai inisiatif dan strategi lain untuk menahan pengendali laman web itu.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan strategi berkenaan bagi mengelakkan kebocoran maklumat yang sekaligus boleh mengganggu siasatan polis.

balasubramaniam holiday villa 060710 Musa diminta mengulas laporan akhbar hari ini yang menyiarkan gambar Raja Petra bersama penyiasat persendirian, P Balasubramian, dan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim, yang terbukti mempunyai hubungan antara satu sama lain.

Dalam laporan akhbar hari ini, Musa dipetik sebagai berkata PDRM akan memanggil Zaid atau sesiapa yang disyaki terbabit menyembunyikan pengendali laman web itu dalam masa terdekat.

Raja Petra menghilangkan diri daripada dihadapkan ke mahkamah selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, melalui portal berita Malaysia Today.

 - Bernama

ADS