Penulis Shit hasilkan karya baru, tiada kontroversi
Sasterawan Negara Datuk Shahnon Ahmad yang pernah menggegarkan dunia penulisan negara menerusi novel kontroversinya Shit akan kembali dengan dua karya terbarunya yang dijangka diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) awal tahun depan.
Kali ini, Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Sik itu menghasilkan sebuah trilogi novel berjudul
Lamunan Puitis
yang menggabungkan tiga novel tulisannya. Sebuah lagi ialah autobiografi beliau yang mengandungi 100 bab.
Bagaimanapun penulis berusia 69 tahun ini, memberi jaminan bahawa kedua-dua karya sastera terbarunya itu tidak mempunyai unsur-unsur politik secara lansung tetapi lebih berkisar kepada falsafah, perjuangan, kehidupan dan alam
Menurut anak kelahiran Sik itu, beliau telah menfaatkan masanya dengan menulis kerana keadaan kesihatannya yang tidak begitu mengizinkan sejak kebelakangan ini.
"Saya telah diberi cuti dari menghadiri sidang Dewan Rakyat kerana keadaan kesihatan yang tidak memuaskan," katanya ketika dihubungi malaysiakini hari ini.
Shahnon yang mengejutkan dunia politik negara apabila menewaskan Datuk Seri Hamid Othman dalam pilihanraya umum lalu, memberitahu bahawa beliau terpaksa berulang-alik ke hospital sebanyak tiga kali sepanjang sessi Parlimen sekarang.

Tegang dan marah
"Setiap kali saya masuk ke hospital, saya ditahan tidak kurang dari seminggu kerana penyakit lelah yang saya hidapi. Saya tidak hadir sidang Parlimen bukanlah kerana saya sengaja tidak mahu hadir (seperti yang didakwa oleh musuh politik)" katanya.
Bekas profesor di Universiti Sains Malaysia (USM) itu, yang dianugerahkan sebagai Sasterawan Negara pada 1982, bagaimanapun mengakui kecenderungannya menulis sedikit sebanyak mempengaruhi keadaan kesihatannya.
Sebagai contoh, kata Shahnon, beliau akan turut menjadi 'tegang dan marah' ketika menulis sesuatu untuk menggambarkan keadaan demikian.
"Itulah yang saya selalu hadapi dalam menggambarkan dunia politik negara hari ini melalui penulisan saya," katanya.
Sementara itu, sumber dari DBP, ketika dihubungi, mengesahkan bahawa pihaknya sudah menerima kedua-dua karya sastera Shahnon itu dan dijangka terbitkan awal tahun depan.
"Karya beliau kali ini semata-mata merupakan karya sastera yang bermutu dan tidak mengandungi sebarang unsur-unsur kontroversi," katanya.
Satira politik
Menurut sumber itu lagi, DBP akan menerbitkan karya Shahnon kerana beliau merupakan "seorang penulis besar dan hebat" dan tidak ada kena mengena dengan statusnya sebagai ahli politik.
Shahnon telah menulis lebih 30 novel serta antologi cerpen yang turut diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa.
Pada tahun 1999, Shahnon dikritik hebat selepas menghasilkan novel satira politik bertajuk Shit yang kandungannya dianggap menghina Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin Umno.
Novel setebal 240 muka itu mengisahkan ketulan najis di dalam usus manusia sebelum di keluarkan sebagai najis, yang ditanggap pembaca sebagai keengganan seorang ketua untuk turun dari takhtanya.
Novel tersebut telah diperdebatkan secara meluas sehingga terdapat cadangan agar penghormatan yang telah diberikan kepada Shahnon ditarik balik.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.