Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib lawat Penan di Ulu Baram bulan ini
Diterbitkan:  Jul 8, 2010 4:22 PM
Dikemaskini: 8:55 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual melawat dan menemui masyarakat Penan di kawasan Ulu Baram di Bahagian  Miri pada 22 Julai ini.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu berkata minat Najib untuk melawat dan menemui kaum Penan menunjukkan beliau adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia walaupun mereka adalah kaum minoriti di negeri ini.

Bercakap kepada NONE pemberita selepas majlis graduasi Politeknik Mukah di Mukah hari ini, katanya beliau akan melawat kawasan itu pada hujung minggu ini.

Terdapat kira-kira 16,000 kaum Penan di seluruh negeri dengan kebanyakan mereka tinggal di kawasan Ulu Baram, Bahagian Miri dan Ulu Belaga, Bahagian Kapit.

Jabu berkata hanya kira-kira 37 peratus daripada mereka masih berpindah-pindah atau kurang atau tidak menerima pendidikan yang dengan mudah boleh  dieksploitasi dan dihasut oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) luar negara yang bekerja rapat dengan rakan tempatannya untuk menjejaskan imej kerajaan.

    

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS