Hadi tidak terbabit dalam pergaduhan di Jordan
Pemangku presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mempunyai kaitan dengan kes pelajar Jordan Amir Shahrizat Mohd Azizan yang mendakwa dirinya dibelasah teruk oleh 12 penyokong parti Islam itu di Amman, kata setiausaha politiknya, Dr Mohd Hatta Md Ramli hari ini.
Oleh itu, katanya, dakwaan bahawa ceramah Abdul Hadi pada Nov 10 kepada pelajar Malaysia di Jordan sebagai punca perselisihan faham antara pelajar Malaysia di Universiti Mu'tah, Jordan itu adalah tidak berasas sama sekali.
Menurut Dr Mohd Hatta, tiada unsur provokasi politik atau agama di dalam ceramah yang disampaikan oleh Abdul Hadi yang juga mentri besar Terengganu.
Selain itu, katanya, peristiwa juga tidak membabitkan ahli PAS, tetapi di antara Amir dan 12 pelajar dari negeri Terengganu.
Oleh itu, beliau menyifatkan cubaan pemimpin Umno untuk mengaitkan Abdul Hadi dengan peristiwa tersebut sebagai perbuatan untu mendapat 'keuntungan politik', kata Dr Mohd Hatta dalam satu kenyataan hari ini.
Bapa Amir Mohd Azizan Ismail memberitahu Utusan Malaysia semalam bahawa dia mahu Abdul Hadi bertanggungjawab terhadap kejadian yang menimpa anakya itu kerana mendakwa ianya berlaku akibat provokasi ketua pembangkang itu dalam dalam ceramahnya di Jordan minggu lalu.

Sahut cabaran
Laporan itu memetik Mohd. Azizan sebagai berkata, anaknya telah diserang dari belakang oleh 12 pelajar lelaki ketika berada seorang diri di rumah sewanya.
Menurut laporan akhbar, semasa ceramah itu, seorang pelajar, Effendi Yusof dipercayai menyambut cabaran untuk berdebat dengan Abdul Hadi pada 1 Dis depan. Selepas ceramah, kumpulan pelajar itu dikatakan mencari Effendi di rumah, tetapi mereka tidak menjumpai, lalu menyerang Amir.
Menurut Mohd Azizan, jika anaknya bukan presiden Kelab Umno di Jordan, perkara ini mungkin tidak akan disiarkan oleh media.
Dalam kenyataannya, Dr Mohd Hatta juga menerangkan bahawa Abdul Hadi telah menyampaikan satu ceramah semasa menyinggah di Jordan dalam perjalanan untuk mengerjakan umrah dan menghadiri satu persidangan di Mekah.
"Beliau menerangkan hal-ehwal negeri Terengganu kepada anak-anak Terengganu di sana. Tidak ada provokasi politik atau agama dalam ucapan beliau," katanya.
Dr Mohd Hatta juga menerangkan beberapa perkara termasuk identiti sebenar Effendi yang disebut sebagai seorang pelajar yang terlibat dalam kes itu.
Effendi, katanya, bukanlah seorang pelajar tetapi seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JHEK) dari Kementrian Penerangan yang diperkenalkan oleh pengarah Yayasan Dakwah, Datuk Mustafa Taib kepada pelajar Jordan sebelum ini.
Beri keizinan
Selain itu, katanya, presiden Kelab Umno sebenar adalah Nik Sulaiman Nik Yusoff dan bukannya Amir, yang dijangka pulang ke tanahair sebelum Hari Raya Aidilfitri setelah menamatkan pengajian Bahasa Arab Oktober lalu.
"Laporan akhbar yang Effendi didatangi sekumpulan 12 pelajar adalah tidak benar. Hanya seorang pelajar yang mengunjungi beliau untuk menjemputnya ke majlis berbuka puasa pemimpin anak-anak Terengganu dengan Mentri Besar," katanya.
Oleh itu, katanya, kenyataan Menteri Penerangan Tan Sri Khalil Yaakob bahawa 12 pelajar telah menceroboh masuk ke dalam rumah Effendi sebelum menyerang Amir adalah tidak benar.
Sebaliknya, kata beliau, Amir telah ditemui di rumahnya sendiri dan telah memberi keizinan kepada sekumpulan pelajar itu masuk ke rumahnya.
"Tidak ada serangan yang berlaku tetapi hanya satu pertengkaran hangat di antara kedua pihak apabila pelajar itu menuntut penjelasan mengenai mesej telefon bimbit (SMS) yang memaki hamun Abdul Hadi, yang diedarkan oleh Amir," katanya.
Kekecohan berlaku apabila Amir cuba mengelak dari memberi penjelasan dan tiada sebarang pukulan dibuat seperti yang digembar-gemburkan oleh media tempatan, katanya lagi.
Tekun belajar
Sementara itu, ketua lujnah pendidikan PAS Datuk Dr Hassan Ali berkata pemimpin PAS tidak pernah mengajar ahli atau penyokongnya untuk bertindak ganas.
"Apatah lagi dengan pelajar. Apa yang kami seru ialah supaya mereka belajar dengan tekun, menghormati orang lain dan taat kepada ajaran Allah. Tentunya kami tidak mahu melihat pengikut kami gagal dalam pelajaran mereka," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata ceramah pemimpin PAS kepada pelajar di luar negara selalunya berkisar mengenai perkembangan isu-isu semasa atau dasar terbaru kerajaan di tanah air.
"Sejauh pengalaman saya , tiada unsur provokasi dalam ucapan -ucapan kami," katanya lagi.
Beliau kesal dengan pemimpin Umno yang ghairah membuat kenyataan mengenai kes itu tanpa mendapat maklumat yang tepat mengenainya.
"Sebagai pemimpin, kita perlu mendapat maklumat sepenuhnya dari kedua-dua pihak sebelum membuat kesimpulan. Tindakan melulu hanya akan merugikan semua pihak," katanya.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.